Selasa, Januari 04, 2022

Beli Teh Kamomil Lale di Mahnaz Food

Saya memang penggemar kopi tetapi pada masa yang sama saya rajin juga bereksperimen dengan pelbagai jenis teh yang terdapat di pasaran.

Sekali-sekala tukar selera apa salahnya, kan? Lagi pula sekarang ini ada beraneka teh di pasaran. Dari daun teh, serbuk teh hinggalah bunga-bungaan yang dikeringkan. Ada yang dalam uncang, dalam bentuk stick yang merembes keluar apabila direndam ... macam-macamlah. Teh cold brew yang uncang boleh terus rendam dalam air sejuk pun ada.

Baru-baru ini saya beli teh kamomil. Sebenarnya, saya tiada jenis atau jenama tertentu untuk produk teh. Tetapi, teh kamomil memang akan sentiasa ada sebab merupakan antara kegemaran saya.

Kamomil ialah bunga dari spesies tumbuhan Asteraceae yang kelihatan seperti bunga daisy. Bunga dan tangkainya dikeringkan untuk dijadikan teh.

Teh bunga kamomil

Pek ini saya beli secara online di Mahnaz Food. Lale Chamomile Tea 88g. Dapatkannya di sini.

Jika dahulu saya selalu beli teh kamomil jenis uncang, sekarang saya lebih suka beli bunga kering begini. Apabila teringin menikmati secawan teh kamomil panas, barulah bunga kering itu diseduh. 

Dengan cara ini, saya dapat kawal rasa dan kepekatan teh yang ingin dinikmati. Jika mahu yang mild, sedang-sedang dan manja-manja rasanya, masukkan cuma sedikit bunga kamomil kering. Sebaliknya, jika mahu teh kamomil yang kuat dan ketara dari segi rasa, dilebihkan bunganya.


Kebaikan Teh Kamomil

Bukan sahaja menjadi pilihan popular dalam kalangan penggemar teh, malah kamomil turut digunakan secara meluas sebagai home remedy kerana banyak kebaikan untuk tubuh.

Ingin saya ingatkan di sini ya, andai seseorang itu mempunyai kondisi kesihatan tertentu, perlu rujuk pada yang pakar terlebih dahulu sama ada teh ini sesuai untuk diri ataupun tidak. Malah, teh ini tidak sepatutnya dianggap sebagai rawatan utama menggantikan ubat-ubatan yang sedia ada. 

Kamomil mengandungi banyak flavones, sejenis antioksida. Antara kebaikan teh kamomil buat si peminum ialah:
  • Membantu membaiki kualiti tidur
  • Membantu mengurangkan tekanan dan anxiety
  • Membantu mengawal paras gula dalam darah (dengan syarat kalian kena jaga pemakanan sekali 😊 Jangan main balun semua!)
  • Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
  • Membantu mengatasi masalah berkaitan usus dan pencernaan
  • Membantu menjaga kesihatan jantung, menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah tinggi


Variasi Produk di Mahnaz Food

Bukan setakat teh bunga kamomil, ada banyak pilihan lagi bunga-bungaan dan herba kering yang boleh dibeli untuk dibuat teh. Antaranya daun senna, daun pudina, bunga ros dan roselle. 

Saya selalu beli beberapa produk lain juga - air delima, kurma, rempah sumac dan biji chia. Setakat ini memang puas hatilah.

Berminat? Kunjungilah Kedai Rasmi Mahnaz Food di Shopee atau Lazada.

9 ulasan:

  1. ni teh arab la kan... mahnaz semua produk dari arab kan??

    BalasPadam
  2. memang banyak pilihan teh di Mahnaz, rambang mata tengok produk dia..

    BalasPadam
  3. Selalu juga Kak Amie renih teh kamomil selain teh putik ros. Tambah sedikit gula batu.
    Minum di waktu petang...best!

    BalasPadam
  4. sama..ayu pun, walaupun kaki kopi...sesekali layan gak tea...emmm...but coffee tetap no 1. he he he..

    BalasPadam
  5. Rasanya saya memang perlu teh kamomil

    BalasPadam
  6. Tak perasan pulak Mahnaz Food ada jual teh kamomil ni. Ye, setuju dengan pek macam ni senang nak sukat penggunaan dan kepekatan dia.

    BalasPadam
  7. Banyak kelebihan dalam air teh kamomil ni . Ccl pun selalu amalkan juga

    BalasPadam
  8. aida ada 2 uncang teh kamomil ni kat rumah.
    bawa balik dari lexis ari tu. Nurin bersungguh nak mencuba.
    namun hingga pagi ni, belum pun dibuatnya :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.