Khamis, Oktober 27, 2022

Salad Ringkas Baby Butterhead dan Kruton

Antara daun salad kegemaran saya ialah baby butterhead. Baru-baru ni semasa singgah Lotus’s untuk beli barang, jumpa daun salad ni di bahagian reduced to clear. Murah. Keadaan masih okey dan segar lagi. Saya pun ambil beberapa pek.

Sementara baby butterhead yang dibeli masih elok dan boleh dimakan, saya sediakan salad ringkas seperti bawah ini. Ada kruton yang saya buat beberapa hari lalu. Masuk sekali sebagai bahan tambahan untuk extra crunch

Baby butterhead salad with croutons

Salad Baby Butterhead dengan Kruton

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 - 3 tampuk daun salad baby butterhead
  • 10 biji bebola ikan atau ayam. Kebetulan jiran ada beri bebola ikan versi eat clean yang dia buat sendiri. Saya masak sebentar di dalam air fryer. Boleh pelbagaikan dengan isi tuna, hirisan ayam rebus/bakar dan kacang kuda rebus. Terserah cita rasa masing-masing.
  • 1 biji bawang Holland (dihiris)
  • Kruton 

Bahan-Bahan untuk Dressing (Vinaigrette) Lemon

  • 1/2 biji perahan lemon
  • 2 sudu teh parutan kulit lemon
  • 1/4 cawan minyak zaitun (extra virgin)
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Garam halus secukup rasa

Bahan-bahan untuk Kruton

  • 2 - 3 keping roti keping (dipotong dadu)
  • 2 - 3 sudu besar minyak zaitun 

Langkah-langkah Penyediaan

  1. Leraikan daun salad. Basuh dan tuskan air hingga kering. Hiris nipis bawang Holland.
  2. Goreng bebola ayam atau ikan. Belah kepada dua bahagian jika mahu atau boleh biarkan sebiji-sebiji. Ketepikan.

Cara Membuat Dressing (Vinaigrette) Lemon

  1. Masukkan minyak zaitun (extra virgin), perahan jus lemon dan parutan kulit lemon ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar.
  2. Perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Kacau hingga semuanya sebati.

Cara Membuat Kruton

  1. Potong roti menjadi bentuk dadu kecil. Panaskan kuali leper. Masukkan dua hingga tiga sudu besar minyak zaitun.
  2. Masukkan potongan roti yang telah didadu. Goreng buat seketika sehingga tekstur roti menjadi rangup.
  3. Jangan guna api yang terlalu panas untuk elakkan roti hangus. Balik-balikkan roti supaya masak sekata.

Menyediakan Hidangan Salad

  1. Masukkan daun salad, bawang Holland, bebola ikan atau ayam dan kruton ke dalam mangkuk salad.
  2. Curahkan dressing (vinaigrette) lemon ke dalam mangkuk dan gaul sekata. Jangan tuang semua sekali. Lebihan vinaigrette boleh disimpan di dalam peti sejuk.

 Selamat Mencuba!

12 ulasan:

  1. wahhhhh menu mcm ni simple & sihat. kena cuba nanti ni hehehe

    BalasPadam
  2. Saya pun butterhead ni. Fresh and crunchy. Kalau beli pun tahan lama.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum lama x singgah blog kak. rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaa......nampak sedap la resepi kak farah.

    BalasPadam
  4. Nyum.. Nyum. Ringkas dan senang disediakan. Kruton tu jela ambil masa sikit

    BalasPadam
  5. tq utk cara buat kruton tu.. selalu bila roti tinggal sekeping dua dah hujung2 hayat ammi bedal je makan. tp rasa lepas ni bolehlah buat kruton ni pastu simpan dalam air tight jar kan...

    BalasPadam
  6. sedap tu, kena plak ngan crouton tu..crunchy!

    BalasPadam
  7. Menu sihat begini saya suka buat alas perut di pagi hari! Sedap!

    BalasPadam
  8. kruton tu tambah best salad.
    tq farrah. mlm ni dinner aida salad.
    nak try buat kruton nanti.
    rangup sedap!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.