Selasa, November 08, 2022

Tetamu Istimewa Bawa Rezeki Daun Pisang

Hujung minggu lepas, saya dan Bott tidak ke mana-mana. Kami sambung rehat puas-puas supaya badan betul-betul kuat. Jumaat malam memang kami batalkan kelas tuisyen. Pagi Sabtu tu pun, sepatutnya saya ada kelas lukisan dengan beberapa orang murid cilik. Saya batalkan juga. Perancangan dari awal, kita rehat, tidur dan recharge supaya masuk minggu baharu dah boleh kerja dan jalani rutin seperti biasa. Bab makan, makan jelah apa-apa yang ada di rumah.

Baru habis bersarapan, ada panggilan masuk. Si Khudri (jiran lama merangkap bekas anak murid tuisyen saya) maklumkan yang dia dah ada di hadapan rumah bersama tiga VVIP. VVIP pertama dan kedua saya maklumlah, ibu dan neneknya. Mana datang VVIP yang ketiga?

Rupa-rupanya…

Si Zero yang manja asyik nak dukung.

Zero, monyet peliharaan mereka pun datang sekali. Nak mengikut… tak mahu tinggal rumah. 

Tetamu-tetamu istimewa ini datang ziarah saya dan Bott. Terharu kami berdua dibuatnya.

Selepas mereka pulang, ada sebuah kereta masuk. Ibu kepada anak-anak murid yang sepatutnya ada kelas lukisan dengan saya pagi tu. Saya dah cuak. Aik, ibu ni lupakah kelas telah dibatalkan? Rupa-rupanya, dia datang hantar sarapan juga. 

Allahu Akbar. Dua kali terharu kami dibuatnya ☺️. 

Rezeki Daun Pisang

Rezeki pagi Sabtu, terima banyak makanan dalam balutan daun pisang. Bukan main terpancing selera kami berdua dibuatnya.

Lontong pecal, nasi lemak dan tau fu faa.

Nasi lemak cukup serba-serbi. Yummeh!

Rezeki daun pisang seterusnya 😊

Sebungkus lagi lontong pecal. Macam tahu-tahu je lontong pecal Pasar Pagi Saujana Utama ni memang my comfort food. Saiz hidangannya besar. Satu bungkus selalu kami kongsi berdua. Selain itu, ada kuih tiram untuk kunyah-kunyah, jeli kelapa sebagai pencuci mulut dan nasi lemak lagi.

Close up sikit rupa paras lontong pecalnya.

Lontong pecal kampung

Lontong pecal ni ada sesetengah tempat panggil lontong Jawa. Kuahnya memang dua jenis - kuah kacang dan gulai kuning. Gaulkan sebati kedua-dua kuah dengan bahan-bahan pecal, sayur kangkung, taugeh, hirisan timun, sengkuang, kentang dan kekacang. Meriah, kan?

Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki melalui insan-insan berhati mulia ini. Sepanjang hari perihal makanan kami terjaga.

Syukur, kami berdua sudah pulih. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mendoakan kami. Moga kalian sentiasa sihat, sentiasa selamat dalam dakapan kasih Allah. 

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah..banyak betul rezeki makanan tiba. Terpaling menyelerakan tu. Eh eh comelnya VVIP si zero ni. Manja eh nak berdukung je.

    BalasPadam
  2. wahhhhhhh comelnya si Zero! takmau tinggal dia ye hehehe

    BalasPadam
  3. wahhhhh rezeki dpt insan-insan yg baik di sekeliling & mmg terbuka selera dpt yg sedap2 mcm tu hehehe

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dah makin sihat. Rezeki dapat jiran dan kawan-kawan yang baik

    BalasPadam
  5. Amboi...comelnya VVIP Si Zero.
    Alhamdulillah, sudah sihat.
    Mmemang rezeki sungguh dengan pelbagai makanan yang enak-enak. Saya ikut terliur melihat lontong pecal kampung tu. Selain taugehnya yang comel, ada kacang tolo lagi....!

    BalasPadam
  6. memang betul, bila kita muliakan tetamu, ada keberkatan (rezeki) di dalamnya...

    BalasPadam
  7. alhamdulillah...
    org memberi, kita merasa, kan :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.