Isnin, Januari 30, 2023

Berpiknik dengan Simplus Multicooker

Dua tiga menjak ni, saya ada mainan baharu untuk masak-masak. Bagi yang tahu, saya baru sahaja berpindah rumah pada awal Januari. Sudah hampir sebulan, masih belum habis unpack barang, masih belum betul-betul kemas dan set up ruang dapur.

Dapur saya pakai induction cooker. Kuali, periuk semua belum sempat beli. Kebetulan saya memang kerap ada urusan di luar, makan di luar tak dan pun nak masak. Dua minggu pertama, dapur di rumah ni kira masih suci murni lagi.

Masalahnya, kadangkala apabila tengah duduk diam tiba-tiba perut lapar, mati akal juga. Nak masak macam mana? Periuk belanga semua kat kedai lagi. Itulah, asyik bertangguh je kemas dapur.

Masa nilah Simplus Multicooker muncul jadi hero. Ini salah satu hadiah yang saya terima sempena pindah rumah.

Simplus Electric Cooker

Sebelum ini memang teringin tau nak ada sebuah multicooker begini. Selalu lalu-lalang kat FYP di TikTok. Nak beli tetapi rekaan multicooker tu tak menarik perhatian saya. Ada yang periuknya fancy sangat berwarna-warni; ada gambar teddy bear kat periuk ... gambar kartun ... Otak orang tua seperti saya mulalah rasa skeptikal. Boleh percaya ke periuk ni? Nampak tak convincing je... sampai ke sudah tak jadi beli.

Alhamdulillah, dapat rezeki multicooker yang cantik rekaannya dan meyakinkan di mata saya. 😆 Putih bersih, body nampak solid. Memang berkenan habislah.

Lapisan atas - pengukus

Lapisan bawah

Seperti biasa, multicooker begini didatangkan dengan pengukus. Satu ciri Simplus Multicooker ini yang saya suka - ada 2 tahap kepanasan yang boleh dilaras. Ingin tahu lebih lanjut tentang Simplus Multicooker, boleh lihat di sini.


Simplus Electric Multicooker with Steamer


Mula-mula rasmikan periuk ni di studio. Berpiknik atas lantai, masak lauk sardin untuk dimakan dengan mantou goreng.


Sardin berkuah tomato dan mantou goreng.


Wajib masak ramen satu round!

Ramen tomyam dengan cendawan enoki dan sosej ayam.

Penangan tengok K-drama Kkondae Intern, pasal ramen. 😆

... dan selepas itu bermulalah episod kerap lapar saya. Cari alasan untuk masak guna Simplus Multicooker ni hahahah.

Antara menu lain yang cuba dimasak:

  • Nasi Cendawan - berjaya

Nasi Cendawan Shitake


  • Bihun goreng - berjaya

  • Sup ayam - berjaya. Tetapi, secara peribadi saya lebih suka sup ayam yang dimasak guna slow cooker atau pressure cooker. Rasanya lebih mesra.


Untuk tumis-menumis, stir-fry, periuk Simplus ni will do a great job. Periuknya cepat panas. Tetapi, kalau hendak menggoreng jeluk (deep-fry), saya tidak sarankan. 

Satu, periuknya tidak cukup dalam. Kurang sesuai untuk aktiviti menggoreng menggunakan minyak yang banyak. Nanti messy apabila minyak terpercik sana-sini.

Dua, gorengan tidak akan cukup rangup dan serap minyak jika satu trip gorengan tu kita letak banyak-banyak. Bagi saya, tahap kepanasannya tidak mencecah suhu yang betul-betul sesuai untuk goreng jeluk. 

Saya dah cuba goreng cekodok. Jadi tu jadi... tapi serap minyak! Hilang identiti cekodok yang rangup luar lembut gebu di dalam. Kalau setakat goreng empat lima ketul cucur tu lepaslah. 

Goreng cakoi belum cuba lagi berjaya ke tidak. Soon. 😊


Berminat dengan Simplus Multicooker ni? Intai-intai lanjut di Lazada ya.

19 ulasan:

  1. bgs ni bw g travel bleh sy pinjam eh ehh😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Boleh. Saya ada dua benda ni sekarang. Untuk mak angkat Yuri, saya boleh kasi pinjam bila-bila masa.

      Padam
  2. Balasan
    1. Boleh dianggap begitulah, wak. Lepaslah buat masak itu ini 😊

      Padam
  3. saya pun sekarang dah start intai Lazada sejak shopee shippingnya makin mahal. ada kesan hitam tak kat periuk bila kita masak lama-lama kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak memang tak jenguk Shopee sangat dah sejak shipping tak boleh bawak bincang ni heheheh sekarang memang asyik jalan-jalan Lazada.

      Padam
    2. Setakat ni akak dah masak banyak-banyak kali tak ada kesan hitam lagi. Semua masih putih suci murni. Lagipun bahagian dalamnya ceramic coated kan…

      Padam
  4. Wah! tahniah banyak yang berjaya tu

    BalasPadam
  5. ade beli jugak 1 untuk masak mkanan baby. sekali kita buat steamboat malam2. layan jugakk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, untuk buat steamboat memang layannnn 😊

      Padam
  6. Cantik.. yg penting membantu sgt setakat nk masak yg simple kan?

    BalasPadam
  7. bwk gi camping, best ni.
    sebab steamer tu, boleh kukus dimsum tepi sungai :) hi hi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, ideal sangat utk bawa camping ni, Aida 😊

      Padam
  8. Menarik ni. Boleh bawak pergi camping jugak hihi

    BalasPadam
  9. Bagus ini.. Mudah untuk digunakan..

    BalasPadam
  10. boleh ke guna untuk masak nasi goreng nugget and ayam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi goreng boleh… nugget dan ayam pun boleh. Tetapi, tak boleh goreng banyak sekali gus. Cooker ni ada dua suhu sahaja. Kalau kita letak banyak ayam atau nugget sekali, nanti suhu minyak turun… jadi tak rangup. Ayam pula sebaiknya dipotong ke saiz yang kecil2.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.