Ohuhu Markers 320 Warna Ceria

Khamis, Mei 08, 2025

Ohuhu Markers | Bagi teman-teman yang hobinya suka mewarna, mesti kalian familiar dengan Ohuhu Markers. Ohuhu Markers ini jenis marker berdakwat alkohol. 

Pernah dengar Copic markers? Haaa… ini jenama yang lebih mampu milik. Harganya tidaklah semahal Copic tetapi tetap mahal untuk bajet saya. 🤣

Dalam dunia warna-mewarna, alcohol markers sering jadi pilihan kerana warna dakwat yang lebih menyerlah, boleh blend lebih cantik, tona lebih sekata. Hasil warnaan kita akan jadi smooth dan realistik. Sesuai sangat untuk illustrations atau comic-art.

Ini set Ohuhu Markers saya. 😊

Ohuhu Art Markers - Oahu - 01 | Chisel and Fine

Cekengah scrolled TikTok, excited tengok video orang mewarna, tahu-tahu dia belikan set marker ini sebagai hadiah hari lahir saya. 

Kakaknya pun apa lagi, lompat bintang, sengih lebar sampai ke telingalah. Kalau ikut saya, Ohuhu memang tak akan masuk dalam senarai belian melainkan saya benar-benar kaya 🤣.

Dari bulan dua menginjak ke bulan lima, Ohuhu duduk diam je dalam bilik kraf. Dua tiga bulan lepas saya agak sibuk. Tak sempat berjurnal sangat, tak dan buat kad ucapan, apa lagi nak mewarna. Cuma setiap kali masuk bilik kraf, akan buka beg, intai markers yang tersusun. Senyum happy

Bulan ini ada kelapangan, insya-Allah, bolehlah beraktiviti dan bereksperimen dengan Ohuhu puas-puas. 

Ohuhu ni ada banyak pilihan tau. Selain marker berdakwat alkohol, ada juga water colour markers, acrylic markers, dots markers, pen untuk berjurnal pun ada! Mata pen pun ada banyak jenis - chisel, brush, fine tip. Boleh pilih ikut kesesuaian kita nak berkarya. 

Dari semasa ke semasa, banyak series yang dikeluarkan, Honolulu, Oahu, Nahuku… macam-macamlah. Kita boleh beli satu-satu atau ikut set. Ada set 12 batang, 24 sehinggalah 320 batang. 

Senang cerita, jenguk Kedai Rasmi Ohuhu di TikTok, memang rambang mata dibuatnya!

Mudah-mudahan, saya dapat manfaatkan markers Ohuhu ini sebaiknya. 😁 Teman-teman, andai nak tengok variasi produk Ohuhu, singgah di sini ya.

12 ulasan

  1. Seronoknya bila dapat tambah toys untuk apa yang kita suka...

    BalasPadam
  2. wahhhh Ohuhu! mesti berbunga-bunga hati dpt benda yg mmg kita idamkan hehe

    BalasPadam
  3. wahhh,,,cantiks. mcm2 warna ada kan..

    BalasPadam
  4. Wah meriah betul kaler kaler yang ada. memang rambang mata nak memilih cam gini

    BalasPadam
  5. Jujurnya ini pertama kali saya dengar. Mungkin kurang ambil tahu seni yang ni. Rezeki betul dapat hadiah idaman. Selamat berkarya Kak Farah.

    BalasPadam
  6. Cantiknya! Banyak warna2 pastel. Tunjuk hasil sikit nantii hehe

    BalasPadam
  7. kalau dakwat beralkohol tu apa kelebihannya?
    adakah warnanya lebih terang dan cantik?

    BalasPadam
  8. cantiknya, ada pelbagai warna pastel

    BalasPadam
  9. Rambang mata tengok colourful macam nih. Mesti nak penuhkan koleksi semua warna

    BalasPadam
  10. Idaman untuk anak-anak Sha ini.. Ada rezeki bolehlah belikan nanti..

    BalasPadam
  11. Zaman sekolah saya pernah dibelikan coloring book setinggi pinggang saya. Ada 20 halaman dan full gambar Barbie dengan baju-baju dia yang cantik. Ya Allah saya masih ingat happy nya saya saat itu 😍😍😍

    Dibelikan market, laku saya warnai semuanya. Krn besar memang butuh waktu lama.

    Skr tak pernah jumpa lagi buku warna sebesar itu.

    Tapi utk colouringbya, saat ini saya LBH suka pakai pensil warna drpd marker kak. Brand yg saya pakai biasanya Derwent.

    Soalnya pensil warna agak lebih awet drpd marker 😄

    BalasPadam
  12. Setiap warna ada vibe dia sendiri… dari pastel lembut sampai la yang bold menyala!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.