Saya cemerkap orangnya. Kalau pergi beli telur, tidak pernah cukup kuantiti telur yang selamat sampai rumah dengan sempurna. Mesti ada sebiji (atau dua) yang pecah.
Tidak kiralah beli sama ada yang sepuluh biji ataupun sepapan, ada sahaja kemalangan kecil yang akan cederakan telur-telur saya. 😭
Pernah sekali tu, sementara nak pindahkan sepapan telur dari troli ke bonet kereta… boleh pula sebiji tercampak keluar dari bekas telur. Telur pecah dalam troli, menjejer ke atas tar kawasan parkir. Tak pasal-pasal selepas tu saya kena terbongkok-bongkok bersihkan troli, sisa telur dan kulitnya.
Jadi, apabila awal tahun lepas saya terserempak dengan beg yang boleh isi telur sepapan di Pinterest, saya bodek Bott agar buatkan untuk saya.
Saya memang perlukan beg telur!
Beg Bawa Telur
| Beg Bawa Telur | Kredit Gambar - Anana Deco |
| Egg Carrier Bag | Kredit - HolaCotton |
Fuhhh! Nak dapatkan beg telur ni macam-macam drama dan perang! Bergaduh-gaduh jugalah saya dengan Bott 🤣 Bott suruh beli je sebab dia malas nak belajar buat. Ada jumpa beberapa penjual di Shopee dan Tiktok tetapi tak kena dengan saya.
Kenapa? Sebab beg telur mereka agak besar - muat dua tiga papan telur. Yalah, selain telur, kita boleh buat isi benda lain macam pai, kaserol, kotak piza, kotak kek dan periuk.
| Aplat |
Well, convenient untuk orang lain tetapi tidak sesuai untuk saya.
Saya mahu beg yang betul-betul muat sepapan telur. Lazimnya, saya memang tak akan beli lebih daripada itu. Jadi, apabila saya jalan melenggang ke, tersadung atau terlanggar apa-apa ke… tak ada ruang sangat untuk telur-telur tu bergerak dan menari.
Untuk orang yang tak suka menjahit, kira gigih la saya usaha ukur sendiri, bereksperimen itu ini… buat R&D konon-kononnya…
Potong kain siap-siap, Bott tinggal jahitkan sahaja.
| Beg telur sepapan saya 😊 |
Gembira bukan kepalang apabila tengok beg tu mendakap sepapan telur saya dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah, dah setahun lebih beg ni berjasa. Selamat semua telur yang dibeli sampai rumah.
Ini beg telur saya yang kedua. 😊 Fresh from the oven.
| Kulihat hijauuuu 😊 |
beg ni nk letak koleksi casserole pun boleh...nmpk dekat mana ntah hari tu...
BalasPadamBetul. Nak bawa food untuk potluck senang 😊
PadamCantiknya egg carrier tu. Tak terfikir pulak perlunya egg carrier ni. Mungkin sebab tak pernah ada egg accident lagi sebelum ni. Hehe. ^^
BalasPadamHehehe hanya yang biasa hadap tragedi telur akan memahami keperluan beg telur ni 😆😂
PadamWahhh untunglah Kak Farah, request je dapat. Comel je beg. Lepas ni boleh buat bisnes beg telur pula kak. Kalau ke spotlight tu boleh rambang mata tengok textiles dia kan. harga boleh tahan semeter. Kalau ada sale tu memang untung membeli.
BalasPadamHehehe tak senang dapat… Sementara nak dapat tu, ada bodek, gaduh, ugut-ugut… akak jenis banyak mintak 😆
PadamBetul. Kain kat Spotlight memang cantik-cantik. Rasa cam nak grab itu ini. Check harga terus batal niat. Betul ke kain yang aku nak beli ni? Berlobang poket. 😆
SA pernah nampak kat Tik Tok tapi x beli la sebab SA jarang alami kemalangan melibatkan telur...
BalasPadamHanya yang biasa mengalami faham pilunya telur pecah di tengah jalan 😂
Padamcantik beg telur tuuuu esp yg warna hijau ;-)
BalasPadamSaya super excited dengan kain hijau tu… berkenan pula tengok daun keladi dan daun pisang banyak-banyak 😊
Padamboleh dah tu jual kat sopeeee hehehe
Padamwahh menarik la beg ni...ada function betul ni
BalasPadamItu yang penting 😊 function teruk ni hehehe
PadamUwaaaahhhhh cantiiiiiiik kaaak 😍😍😍. Ini pun pasti berguna buat saya yg clumsy sikit 🤣. Sebenarnya saya selalu pakai jasa personal shopper kalo nak belanja keperluan dapur macam telur, daging etc. Tapi ntah2 kalo saya sedang ke Medan, dan datang ke peternakan telur papa saya, lalu nak bawa telur, kan mudah nak bawa 😍. Bisa saya kasih mama juga. Nanti nak coba cari di market place di sini
BalasPadamKita satu genk. Beg telur isi sangat cocok buat kita yang clumsy. Hahahaha Fanny cuba cari dahulu. Sekarang ini beg telur sebegini memang sudah popular. 😊
Padamcomel & cantik sgt.... useful tu
BalasPadamYang penting, boleh bawa telur dengan satu tangan je. Tangan satu lagi kita pegang kopi 😊
PadamSenang terus letak papan telur, tak payah risau pecah. Bagus betul idea ni!
BalasPadamYes, risiko telur pecah dapat dibendung hahaahh
PadamBagus idea beg telur begini.
BalasPadamSetakat ini saya belum pernah 'pecah' telur dalam perjalanan dari kedai ke dapur.
Saya ni dulu mungkin masa kecil tak cukup bedung, kak. Saya dengan insiden telur pecah dah macam episod drama bersiri 🤣
Padamwahh function sangat ni! taktau pulak ada beg telur camni
BalasPadamsaya selalu tatang guna tangan je hehe
Ada beg telur ni, kita tak perlu tatang. Bawa guna satu tangan je. Function sangat kan…
PadamCantikla beg bawak telur ni... boleh lenggang kangkong gitu balik shopping bawak telur
BalasPadamYess… boleh lenggang kangkong tu yang mahal hehehe
PadamKreatif ni. Berguna bila shopping kat kedai yang tak sediakan langsung plastik atau tali untuk ikat papan telur.
BalasPadamYg kerap kemalangan dgn telur sesuai beli.. kreatif betul mcm2 design
BalasPadamBagus jga idea ni. Laju je jari search ky sopi dan ttokk
BalasPadam