Beg Telur Sepapan

Jumaat, Julai 18, 2025

Saya cemerkap orangnya. Kalau pergi beli telur, tidak pernah cukup kuantiti telur yang selamat sampai rumah dengan sempurna. Mesti ada sebiji (atau dua) yang pecah.

Tidak kiralah beli sama ada yang sepuluh biji ataupun sepapan, ada sahaja kemalangan kecil yang akan cederakan telur-telur saya. 😭

Pernah sekali tu, sementara nak pindahkan sepapan telur dari troli ke bonet kereta… boleh pula sebiji tercampak keluar dari bekas telur. Telur pecah dalam troli, menjejer ke atas tar kawasan parkir. Tak pasal-pasal selepas tu saya kena terbongkok-bongkok bersihkan troli, sisa telur dan kulitnya.

Jadi, apabila awal tahun lepas saya terserempak dengan beg yang boleh isi telur sepapan di Pinterest, saya bodek Bott agar buatkan untuk saya. 

Saya memang perlukan beg telur!


Beg Bawa Telur

Beg Bawa Telur | Kredit Gambar - Anana Deco


Egg Carrier Bag | Kredit - HolaCotton


Fuhhh! Nak dapatkan beg telur ni macam-macam drama dan perang! Bergaduh-gaduh jugalah saya dengan Bott 🤣 Bott suruh beli je sebab dia malas nak belajar buat. Ada jumpa beberapa penjual di Shopee dan Tiktok tetapi tak kena dengan saya. 

Kenapa? Sebab beg telur mereka agak besar - muat dua tiga papan telur. Yalah, selain telurkita boleh buat isi benda lain macam pai, kaserol, kotak piza, kotak kek dan periuk.

Aplat

Well, convenient untuk orang lain tetapi tidak sesuai untuk saya. 

Saya mahu beg yang betul-betul muat sepapan telur. Lazimnya, saya memang tak akan beli lebih daripada itu. Jadi, apabila saya jalan melenggang ke, tersadung atau terlanggar apa-apa ke… tak ada ruang sangat untuk telur-telur tu bergerak dan menari.

Untuk orang yang tak suka menjahit, kira gigih la saya usaha ukur sendiri, bereksperimen itu ini… buat R&D konon-kononnya… 

Potong kain siap-siap, Bott tinggal jahitkan sahaja.

Akhirnya…

Beg telur sepapan saya 😊

Gembira bukan kepalang apabila tengok beg tu mendakap sepapan telur saya dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah, dah setahun lebih beg ni berjasa. Selamat semua telur yang dibeli sampai rumah. 


Ini beg telur saya yang kedua. 😊 Fresh from the oven. 

Kulihat hijauuuu 😊

Kain hijau daun pisang dan monstera beli di Spotlight masa clearance sale beberapa bulan lalu. Cantik tak? Kali ni, saya minta Bott tolong buatkan dua. Satu hendak beri hadiah pada orang.

Berguna beg telur begini, kan? Kalau kalian berminat, search ‘egg carrier’ di Tiktok atau Shopee. Sekarang dah makin banyak pilihan. Egg carrier songket pun ada.


Pstt! Terima kasih singgah datang sini dan tinggal jejak. Insya-Allah, hujung minggu saya blogwalking balas kunjungan.

28 ulasan

  1. beg ni nk letak koleksi casserole pun boleh...nmpk dekat mana ntah hari tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nak bawa food untuk potluck senang 😊

      Padam
  2. Cantiknya egg carrier tu. Tak terfikir pulak perlunya egg carrier ni. Mungkin sebab tak pernah ada egg accident lagi sebelum ni. Hehe. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe hanya yang biasa hadap tragedi telur akan memahami keperluan beg telur ni 😆😂

      Padam
  3. Wahhh untunglah Kak Farah, request je dapat. Comel je beg. Lepas ni boleh buat bisnes beg telur pula kak. Kalau ke spotlight tu boleh rambang mata tengok textiles dia kan. harga boleh tahan semeter. Kalau ada sale tu memang untung membeli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tak senang dapat… Sementara nak dapat tu, ada bodek, gaduh, ugut-ugut… akak jenis banyak mintak 😆

      Betul. Kain kat Spotlight memang cantik-cantik. Rasa cam nak grab itu ini. Check harga terus batal niat. Betul ke kain yang aku nak beli ni? Berlobang poket. 😆

      Padam
  4. SA pernah nampak kat Tik Tok tapi x beli la sebab SA jarang alami kemalangan melibatkan telur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya yang biasa mengalami faham pilunya telur pecah di tengah jalan 😂

      Padam
  5. cantik beg telur tuuuu esp yg warna hijau ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya super excited dengan kain hijau tu… berkenan pula tengok daun keladi dan daun pisang banyak-banyak 😊

      Padam
    2. boleh dah tu jual kat sopeeee hehehe

      Padam
  6. wahh menarik la beg ni...ada function betul ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang penting 😊 function teruk ni hehehe

      Padam
  7. Uwaaaahhhhh cantiiiiiiik kaaak 😍😍😍. Ini pun pasti berguna buat saya yg clumsy sikit 🤣. Sebenarnya saya selalu pakai jasa personal shopper kalo nak belanja keperluan dapur macam telur, daging etc. Tapi ntah2 kalo saya sedang ke Medan, dan datang ke peternakan telur papa saya, lalu nak bawa telur, kan mudah nak bawa 😍. Bisa saya kasih mama juga. Nanti nak coba cari di market place di sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita satu genk. Beg telur isi sangat cocok buat kita yang clumsy. Hahahaha Fanny cuba cari dahulu. Sekarang ini beg telur sebegini memang sudah popular. 😊

      Padam
  8. comel & cantik sgt.... useful tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting, boleh bawa telur dengan satu tangan je. Tangan satu lagi kita pegang kopi 😊

      Padam
  9. Senang terus letak papan telur, tak payah risau pecah. Bagus betul idea ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, risiko telur pecah dapat dibendung hahaahh

      Padam
  10. Bagus idea beg telur begini.
    Setakat ini saya belum pernah 'pecah' telur dalam perjalanan dari kedai ke dapur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ni dulu mungkin masa kecil tak cukup bedung, kak. Saya dengan insiden telur pecah dah macam episod drama bersiri 🤣

      Padam
  11. wahh function sangat ni! taktau pulak ada beg telur camni
    saya selalu tatang guna tangan je hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada beg telur ni, kita tak perlu tatang. Bawa guna satu tangan je. Function sangat kan…

      Padam
  12. Cantikla beg bawak telur ni... boleh lenggang kangkong gitu balik shopping bawak telur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess… boleh lenggang kangkong tu yang mahal hehehe

      Padam
  13. Kreatif ni. Berguna bila shopping kat kedai yang tak sediakan langsung plastik atau tali untuk ikat papan telur.

    BalasPadam
  14. Yg kerap kemalangan dgn telur sesuai beli.. kreatif betul mcm2 design

    BalasPadam
  15. Bagus jga idea ni. Laju je jari search ky sopi dan ttokk

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.