Resepi Bubur Ayam ala McD di sini.
Ikan pekasam kicap asam limau |
Ikan pekasam kicap asam limau |
Baru-baru ini, seorang kenalan saya telah bermurah hati hantar sebekas penuh ikan sardin berkuah tomato yang dia buat sendiri menggunakan pressure cooker. Punyalah saya dan Bott gembira. Kami berdua ni pantang jumpa sardin. Tetapi, tak adalah diikutkan sangat rasa suka tu. Makanan dalam tin, kan ... jarang masuk menu. Sekali-sekala, apabila teringin baru beli barang setin dua.
Dah dapat versi homemade, mulalah laju fikir hendak masak apa. Pilihan pertama, tentunya sambal sardin dan kentang.
Sambal Sardin dan Kentang |
Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu.
Hari ini saya mulakan hari dengan senyum lebar sedikit. Dah digugurkan dari PKPD di Selangor. Jadi, sekarang balik semula ke fasa PKP. Syukur. Mudah-mudahan keadaan bertambah baik. Apa yang penting, kita tetap kena terus jaga diri baik-baik. Lagi-lagi adanya varian Delta yang kian mengganas dengan kadar jangkitan lebih tinggi. Jangan keluar rumah jalan-jalan sana sini melainkan jika ada urusan penting.
Sepanjang tempoh PKPD baru-baru ini, Bott yang akan keluar beli barang-barang keperluan dapur di kedai runcit berdekatan. Saya in charge beli barang online. Kelmarin, balik dari beli barang runcit, Bott hulurkan satu bungkusan kepada saya. Satu pek ikan pekasam.
Bayangkan, semasa perut tengah lapar kita disajikan dengan hidangan asam pedas berkuah pekat dengan nasi panas. Fuhhh, terliur tak? Tidak kiralah protein apa yang digunakan, daging, ikan atau ayam, janji ada bendi dan daun kesum secukupnya!
Sayalah orangnya yang suka masakan asam pedas, yang akan enjoy banjirkan nasi dengan kuah, ratah potongan bendi puas-puas. In fact, di rumah ini, jika buat lauk asam pedas, tidak perlu letak protein banyak pun. Yang penting kuah kena banyak, bendi dan daun kesum kena extra! Apabila bendi empuk tu dikunyah, kuah asam yang meresap dalam bendi meletus di mulut, nikmatnya!
Di bawah ini ialah panduan resepi asam pedas paling senang yang biasa digunakan di rumah. Walaupun saya ini asal dari Melaka, bab asam pedas saya pilih versi termudah. Ini kira resepi asas ya. Jangan pula dibandingkan dengan resepi asam pedas autentik dari Johor atau Melaka. Resepi ini menggunakan bahan-bahan asas sahaja, tidak pakai rempah tambahan lain seperti halba semua tu.
Hidangan asam pedas kegemaran. Tak perlu lauk lain dah! Hadap yang ini sahaja 😊
Sambal Mangga dan Ikan |
Ikan Bilis Air Asam |
Ikan Goreng Sambal Taucu |