Memaparkan catatan dengan label Kraf Jahitan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kraf Jahitan. Papar semua catatan

Bib untuk Si Coffee Si Chai

Selasa, Julai 29, 2025

Ingat lagi tak sebelum ini saya kongsi cerita tentang set hadiah book sleeve, cup carrier dan rantai kunci bertemakan Star Wars? Boleh baca mengenainya di sini

Memandangkan ada banyak kain lebih, Bott buat 2 helai bib. Ini bib bukan sebarang bib tau…bib ada ropol-ropol, tali tu panjang siap boleh simpul reben. 🤣


Bib Star Wars

Beg Telur Sepapan

Jumaat, Julai 18, 2025

Saya cemerkap orangnya. Kalau pergi beli telur, tidak pernah cukup kuantiti telur yang selamat sampai rumah dengan sempurna. Mesti ada sebiji (atau dua) yang pecah.

Tidak kiralah beli sama ada yang sepuluh biji ataupun sepapan, ada sahaja kemalangan kecil yang akan cederakan telur-telur saya. 😭

Pernah sekali tu, sementara nak pindahkan sepapan telur dari troli ke bonet kereta… boleh pula sebiji tercampak keluar dari bekas telur. Telur pecah dalam troli, menjejer ke atas tar kawasan parkir. Tak pasal-pasal selepas tu saya kena terbongkok-bongkok bersihkan troli, sisa telur dan kulitnya.

Jadi, apabila awal tahun lepas saya terserempak dengan beg yang boleh isi telur sepapan di Pinterest, saya bodek Bott agar buatkan untuk saya. 

Saya memang perlukan beg telur!


Beg Bawa Telur

Beg Bawa Telur | Kredit Gambar - Anana Deco

Kerana Dia Peminat Star Wars

Selasa, Mei 27, 2025

Set Hadiah Tema Star Wars | Ada seorang rakan lama saya yang minta tolong Bott buatkan book cover (sarung buku). Dia ingin beri hadiah kepada adik lelakinya, seorang ulat buku yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran awal bulan hadapan.

Pada mulanya, saya dan Bott ingin cari rekaan kain yang agak maskulin. Dalam pada kami berdua rambang mata dek melihat pelbagai corak kain di Shopee, terjumpa kain kartun Star Wars ni. Walaupun bukan  Star Wars ori, kainnya comel sangat! Dapatlah kita tangkap karakter-karakternya. Adik kawan saya tu peminat tegar Star Wars. Memang rezeki dialah. 

Alhamdulillah, semua mudah dan lancar. Kain murah (kualiti seperti yang diharapkan), penghantaran tidak ambil masa yang lama. Barang-barang lain yang diperlukan semua sudah sedia ada di rumah.

Selepas selesai buat book cover, masih ada banyak lebihan kain. Bott buatkan sekali wristlet key fob, rantai kunci yang boleh dipakai di pergelangan tangan dan coffee cup carrier

Dapatlah satu set.

Set Hadiah Tema Star Wars

Beg untuk Gadis Bunga

Sabtu, Mac 15, 2025

Bermula bulan Mac sehinggalah bulan Mei nanti, ada banyak birthdays! Penuh bertanda kalendar saya dengan tarikh hari kelahiran ahli keluarga, sahabat dan kenalan yang perlu diraikan. Kepala saya, belum berhenti berfikir lagi. Sibuk mencari hadiah. Apa yang kena beli, apa yang kena tempah, apa yang boleh buat sendiri. 😅

Di bawah ini, salah satu hadiah handmade yang saya minta tolong Bott buat. Flower carrier tote bag. Beg untuk bawa bunga.

Flower Carrier Bag | Beg untuk Bunga

Beg istimewa buat salah seorang kenalan kami yang merupakan penggemar bunga-bungaan segar. Si gadis bunga yang seorang ini memang suka beli bunga untuk hias ruang kediamannya.



Beg letak bunga kira fresh from the oven. Baru siap semalam. Saya pandai minta sahaja. Nak begini… nak begitu. Kemudian, apabila dah jadi seperti yang dibayangkan, sumbangan saya sekadar tukang tambah charm bunga pada hujung tali nylon tu. 😁

Di rumah ini, tiada pula bunga bertangkai yang boleh digunakan untuk tunjuk cara penggunaannya. Sebentar,  saya tepek gambar bunga tipu jelah ya.


Beg setelah ‘diletak’ bunga. 😊

Haa… dapat bayangkan tak? Lebih mudah untuk bawa bunga-bunga segar yang dibeli. Hendak bawa secara melintang boleh. Kalau hendak bawa secara menegak pun boleh. Dua-dua cara selesa dan praktikal. Tali di bahagian bawah tu boleh diikat supaya bunga tidak melorot jatuh.

Cantik tak?



Scrunchies untuk Kenduri

Khamis, Oktober 24, 2024

Scrunchies | Getah Rambut - Baru-baru ini, Bott terima tempahan scrunchies untuk kenduri. Tuan rumah hendak masukkan getah rambut sebagai salah satu isi goodie bag atau door gift untuk diberikan kepada ahli keluarga dan jiran tetangga yang datang merewang, menolong membantu kelancaran majlis.

Mereka tempah 150 scrunchies saiz sederhana. Campur-campur corak tetapi semua mahu tona warna biru. Ukuran setiap satu lebih kurang 4.5 - 5 inci. Kain yang digunakan cotton batik. Kain jenis lembut, serap air dan selesa dipakai.

Tak sangka saya, sekarang ni corak kain batik cantik-cantik. Sudah tidak terikat dengan corak batik traditional sahaja. Ada bunga-bunga comel dah macam kain pasang coraknya. Tetapi, ini kain batik cetaklah. Bukan kain batik asli tu.

Setelah siap dijahit, tugas saya untuk bungkus dan letak pelekat Thank You.


Sebahagian daripada scrunchies yang telah dibungkus.

Lenguh jugalah pinggang nak pleat scrunchie satu demi satu supaya lebih kemas sebelum dibungkus di dalam plastik. Barulah cantik berseri. Setelah dipek sebegini, tuan rumah tinggal pilih, ambil dan masukkan ke dalam goodie bag.

Sebenarnya, saya sendiri tidak pernah terfikir yang scrunchie boleh dijadikan hadiah atau tanda mata dalam keraian dan kenduri-kendara. Semasa mula-mula Bott dapat tempahan ini, saya terkejut. Untuk kenduri? Nak beri tetamu? Rupa-rupanya ramai juga yang buat tau. Huhuhu nampak sangat saya jarang alert apa yang orang beri semasa kenduri. 😅

Good idea juga bagi scrunchie. Yalah, kalau pun yang dapat tu berambut pendek atau tidak pakai scrunchie, boleh jadi rezeki ahli keluarga yang lain. Barang tu tetap dapat dimanfaatkan. Tidaklah sia-sia atau terbuang begitu sahaja.

Sekarang, Bott tengah siapkan tempahan untuk goodie bags majlis akikah pula. Kali ni, tuan badan yang menempah minta scrunchie kain satin.

Ada antara kalian yang pernah dapat scrunchie sebagai salah satu isi goodie bags kenduri? Bagi yang berambut panjang tu, kalian lebih gemar pakai scrunchie atau kepit rambut?

Set Hadiah Monstera

Khamis, September 12, 2024

Set Hadiah Monstera | Monstera Gift Set - Item-item di bawah ini, knot bag, coffee cup holder dan rantai kunci, kesemuanya bekas tangan Bott.

Semenjak Bott aktif menjahit dan menjual hasil jahitannya, kalau hendak cari hadiah atau cenderahati untuk orang, saya akan pergi punggah stok barang jualan Bott terlebih dahulu. 🤣

Selongkar punya selongkar, jumpa tiga item yang guna fabrik serupa. Boleh jadi satu set.

Knot bag untuk letak barang-barang peribadi atau dijadikan beg telekung. Coffee cup holder supaya mudah bawa kopi yang dibeli dan wristlet key fob (rantai kunci) agar kunci-kunci tidak hilang lagi. 😊

Knot bag, cup holder and wristlet key fob