Kord Gitar Kepingan Hati - ST12
Khamis, Oktober 17, 2019
ST12 merupakan antara band dari seberang kegemaran saya. Meskipun ahli asal dah berpecah, (Charly dan Pepeng bentuk Setia Band), kumpulan ini tetap tampil dengan lagu-lagu yang boleh tawan selera pendengar.
Kali ini, ST12 bergabung dengan penyanyi Firman Siagian (kesukaan saya juga!). Dengan Firman sebagai vokalis baharu mereka, ST12 melancarkan sebuah single bertajuk 'Kepingan Hati'. This song might sound familiar sebab lagu ini sebenarnya pernah released di Malaysia sekitar tahun 2015. Tajuknya 'Terbaik Untukmu'. Ketika itu mereka tampil dengan vokalis lain.
Kredit: Nagaswara Official |
Untuk #ST12NAFASBARU ini, 'Terbaik Untukmu' diberi nafas baharu dengan kemasan muzik yang lebih menarik dan ditukar judul kepada 'Kepingan Hati'. Muzik videonya sudah disiarkan di Youtube. Jika hendak tonton 'Kepingan Hati' carilah di Youtube. Boleh juga jika ngin bandingkan dengan versi dahulu, Terbaik Untukmu. Charly, vokalis asal ST12 pun ada buat cover lagu ini. Rasa-rasanya kalian suka yang mana satu?