Jeruk Limau Bali
Khamis, Ogos 16, 2018
Baru-baru ini saya dapat buah limau bali daripada Kak Nani, a family friend. Kak Nani kalau balik jalan mesti tak lupa nak beri ole-ole. Saya memang suka buah pomelo ni. Kalau makan memang sedap je masuk mulut. Kadang-kadang setengah biji tu saya seorang sahaja yang 'baham'. Hehehe tak sesuai guna istilah makan atau kunyah dah 😉
Nak dijadikan cerita, dua tiga minggu ni cuaca panas lain macam. Mulalah craving nak itu ini. Saya paling teringin nak rambutan. Teringin sangat! Musim buah kali ni boleh pula tak ada rezeki merasa rambutan. Selalu tu sampai tak terhabis makan. Buah dari pokok, buah yang orang bagi. Terbayang-bayang nikmatnya jeruk rambutan asam boi dan agar-agar rambutan yang refreshing. Aduhai, tulis entri ni pun dah salivating! Dek kerana teringin, dapat je limau bali terus transform jadi jeruk.
Jeruk Limau Bali |