Roti Telur Kayu Manis

Isnin, Ogos 18, 2014

Malam tadi kena stay-up sekejap untuk siapkan kerja. Tiba-tiba perut meraung minta diisi. Aisy...laparlah pula! Terus masuk dapur buat roti telur kayu manis untuk supper.

Roti telur kayu manis.


Resepi Roti Telur Kayu Manis (untuk 1-2 orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 keping roti (belah dua)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu (Kalau tidak mahu letak susu pun tidak mengapa)
  • secubit garam
  • sedikit serbuk kayu manis. Banyak mana tu ikut cita rasa. Jika inginkan rasa kayu manis yang lebih ketara, letaklah lebih sedikit.
  • sedikit minyak sayuran/ minyak zaitun/ mentega atau marjerin untuk goreng roti di atas kuali leper.

Cara Penyediaan:

  1. Kacau rata telur, susu, garam dan serbuk kayu manis dalam sebuah mangkuk.
  2. Panaskan kuali leper. Letakkan sedikit minyak/marjerin atau mentega.
  3. Celup roti ke dalam adunan telur tadi dan goreng hingga kedua-dua sisinya masak.
  4. Sedia untuk dihidang. Kalau nak lebih sedap, taburkan sedikit gula kasar di atas roti. Tetapi, saya lebih suka makan macam tu je :)

Okey, selamat memulakan minggu baru!


Beli Crafts Embellishments (Hiasan Kraf) Lagi ...

Ahad, Ogos 17, 2014

Semalam, waktu mengemas bilik kraf, saya kemaslah sekali barang-barang kraf yang dibeli tapi masih lagi terperap dalam beg shopping. Selalunya memang kalau lepas beli barang, saya campak je masuk dalam bilik kraf. Bila ada masa senggang baru keluarkan dari shopping bag, belek-belek, sengih-sengih seorang diri then susun dalam almari. 

Inilah hiasan kraf yang baru saya beli. Beli di mana? Kedai favourite sayalah, POPULAR :) Sekarang ni rangkaian produk POPARTZ untuk kraf dah semakin banyak pilihan. Memang boleh rambang mata.


Seperti biasa, saya beli embellishments untuk buat kad ucapan dan hias buku skrap. Pembelian berbaloi ialah hiasan yang paling kiri tu. Sebelum ni saya pernah beli designer papers dengan tema yang sama (Baca mengenainya di sini).

A4 Designer Paper (Japanica)

Selain itu, yang paling saya berkenan ialah Chipboard Butterflies (sebelah kanan) specifically yang paling atas sebelah kiri! Butterfly not muzik! Cantikkkkkknya! Saya memang tak boleh tengok apa-apa benda yang ada not muzik. Kertas pembalut hadiah ke,...hiasan kraf ke,...music sheet ke,...semua saya suka!

Oh, bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan kraf kertas, di bawah ada beberapa tips berguna yang boleh dijadikan panduan ketika membeli hiasan kraf.


Tips Membeli Hiasan Kraf (Crafts Embellishments)
  • Peruntukkan bajet yang sesuai. Biasakan 'window shopping' terlebih dahulu untuk dapat gambaran kasar julat harga barangan kraf yang hendak dibeli.
  • Jangan terus beli hiasan kraf di kedai menjual peralatan kraf. Selalunya, harganya agak tinggi kerana kebanyakan crafts embellishments diimport dari luar negara. Sebagai newbie, cuba cari hiasan kraf dengan harga yang berpatutan di POPULAR dan DAISO. Produk in-house brand seperti yang dikeluarkan oleh POPULAR lebih murah dan berkualiti, walaupun tidak setanding dengan produk import. Jangan risau, anda baru nak mula. Tak perlu habiskan duit beli material kraf yang mahal-mahal.
  • Jika membeli barang di DAISO pula, perlu berhati-hati. Memang banyak barang kiut-kiut yang sesuai untuk kraf di sana. Tetapi, tidak semuanya berbaloi dibeli dengan harga RM5. (Baca lebih lanjut di sini)
  • Apabila memilih hiasan kraf, pilih yang temanya umum. Tidak terlalu spesifik. Contohnya, hiasan rama-rama, bunga dan bentuk hati (love) sesuai untuk apa jua occasion. Embellishments yang bertemakan 'Have A Nice Day', 'Hello!',  dan 'Miss You' boleh dipertimbangkan kerana kita akan dapat ubah atau tambah apa yang patut pada projek kraf kita kelak. Jangan beli hiasan kraf yang terlalu spesifik seperti 'Happy Father's Day' atau 'Congratulations on Your Wedding' melainkan anda memang ada projek khas menggunakan tema tersebut.
  • Apabila memilih crafts embellishment, cuba bayangkan apa yang anda boleh lakukan dengan hiasan-hiasan tersebut sebelum buat keputusan untuk membelinya. Cuba imagine design apa yang boleh dihasilkan untuk jadikan projek kraf anda lebih menarik. Jangan cepat rambang mata dengan kecantikan embellishments. The last thing yang kita mahu ialah kita beli embellishments yang tak sesuai dengan mana-mana projek kita.

Harap tips di atas dapat membantu ;)




Misi Menjauhi Komputer Separa Berjaya

Hehehe kalau diikutkan, hujung minggu ini saya tak mahu buat sebarang aktiviti yang melibatkan komputer (baca mengenainya di sini). Nak lari daripada kebiasaanlah kononnya. Untuk hari Sabtu, misi saya boleh dianggap berjaya. Macam-macam yang saya buat. Kemas stor, kemas bilik kraf, baca novel baru, gardening, kacau Cekebon...Hari ini, misi terpaksa ditamatkan awal. Saya kena balas beberapa emel penting. Jadi, alang-alang dah duduk depan komputer tu, update blog sekali :)

Gelas Plastik Lama
Semalam, semasa saya dan Bott kemas stor, kami jumpa gelas-gelas plastik ni. Cantik je tersusun dalam almari. Kat bahagian bawah tu, bercetak F&N. Hahaha, ni mesti free gifts F&N (rasanya berpuluh-puluh tahun dahulu) yang arwah nenek simpan. Banyaklah juga. Kumpul-kumpul dapat dalam 9 biji.

Mula-mula ingat nak buang sebab kalau nak buat minum atau bagi orang dah tak appropriate. Tiba-tiba dapat idea untuk gardening. Bekas kecil-kecil begini sesuai untuk tanam herbs. Saya nak cuba tanam rosemary. Hmmm, nanti saya update hasilnya ya :)