Tutorial Kraf - Cantikkan Projek Kraf dengan 'Eyelets'
Jumaat, Ogos 22, 2014
Tag dengan kemasan 'eyelet'. |
Cuba tengok tag di atas. Ada gegelang di sekeliling bulatan yang saya buat. Gegelang tu dipanggil eyelet. Tujuan kita letakkan eyelet adalah untuk beri sentuhan yang lebih kemas dan cantik pada tag berkenaan. Nampak lebih stylish dan sempurna. Sebenarnya, eyelets ada banyak saiz, warna dan kegunaan. Selain buat kemasan pada tag, kita boleh gunakan eyelet untuk buat rantai kunci dan bookbinding projects.
Eyelet Pliers |
Alat di atas dinamakan 'eyelet pliers'. Juga dikenali sebagai 'eyelet puncher'. Kita
perlukan alat ini untuk pastikan eyelet mencengkam pada material yang
kita gunakan dengan baik. Jangan guna tukul tau. Tak cantik nanti hasilnya. Cara menggunakannya 'eyelet pliers' sangat mudah. Letakkan eyelet dengan betul pada mata alat. Tekan kuat-kuat hingga bahagian bawah eyelet meleper. Siappp!
Nota Senyum: Boleh dapatkan eyelet pliers di kedai barangan kraf atau kedai alat tulis. Saya punya saya dapatkan di DAISO. Hanya RM5.
Nota Senyum: Boleh dapatkan eyelet pliers di kedai barangan kraf atau kedai alat tulis. Saya punya saya dapatkan di DAISO. Hanya RM5.