Angah nak makan kat kafe Jebat!

Sabtu, Februari 22, 2014

 "Nak makan kat kafe Jebat!"

Itulah jawapan adik perempuan saya apabila saya tanya mahu makan di mana sempena sambutan hari lahirnya awal Mac nanti. Dalam banyak-banyak tempat yang saya suggest untuk kami sekeluarga keluar makan, tanpa berfikir panjang (dan dengan muka penuh teruja), Angah pilih kafe Jebat.

Kalau nak tahu, kafe Jebat yang dimaksudkan oleh Angah ialah kafe 'Jiran' di Kuang. Kafe tulah  yang jadi kafe Uwais dan Wahab (abang si Jebat) dalam drama berantai 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.  Drama yang tengah hottttt meletup sekarang. Begitu sekali penangan drama tu! Selama ni,  sekalipun dekat dengan rumah, tak pernah Angah heran nak pergi makan dekat situ. Hahaha! Saya hanya mampu senyum dan gelak dalam hati.

Kredit imej: Astro

Memang sekarang, satu isi rumah tonton drama ni! Selalunya kalau drama bersiri, (especially yang cerita kahwin kontrak, kahwin mula-mula tak suka, kahwin pilihan mak bapak then segan-segan, malu-malu) tak ada siapa pun rajin nak follow. Lately,  ibu asyik tergaru-garu hati nak tau apa jadi pada Jebat. Angah tengok cerita korea dia tanya citer Jebat ke? Bott yang anti drama bersiri pun jadi tertunggu-tunggu! "Episod baru Jebat dah keluar?" Itu jelah soalan dia. (Kes tak hafal waktu siaran & tak leh terima hakikat yang Jebat  & Mastura bersiaran 3 kali seminggu je).

OKlah, Cekengah. Nampak gaya,  ke kafe Jebat lah kita yea. Insya-Allah.

*Kafe Jiran menyajikan hidangan barat. Beberapa kenalan saya yang dah berkunjung ke kafe tersebut bagi reviews yang positif. 


Pengsan 2 kali,..

Masa birthday saya Selasa lepas, 'masuk opis' terus nampak benda nih!


Nak terpengsan tengok ada beg doraemon & hadiah atas kerusi. Saya tahu ni suprise daripada Bott. Hanya pada Bott saya pernah mengomel perlukan something with Doraemon theme untuk saya laksanakan projek saya dengan anak-anak didik saya. Dengan expression malu-malu Doraemon (coz dah tua bangka pun dapat beg kucing robot dari masa depan ni), saya belek beg tu. Beratlah! Dalam ada isi. Buka je beg tu, nak terpengsan sekali lagi! Saya dapat benda yang paling saya suka dan idam-idamkan! Tapi tak boleh kongsikan di sini. Alhamdulillah! Thanks so much, Bott. Suka dan hargai setiap satu hadiah tu ;)

Yeayyy! M tunaikan janjinya untuk hantar guitar chords lagu ni supaya saya boleh nyanyi-nyanyi pada hujung minggu. Enjoy!



Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Arjuna Beta - Fynn Jamal (Easy Guitar Chords)



(Intro) Am

Am Dm
takkanku biarkan
F C G
walau ribut menyentakmu yang tidur,
Am Dm
datang petir menyambar
F
jengking dan ular
C G
bonda takkan berundur.

Dm F
nyamanlah arjuna beta,
C G
mimpikan yang indah saja,
Dm F
nanti bila kau buka mata,
C G
semua tak serupa.

Am Dm
kan ada satu ketika
F C G
kau tak tahu mana nak pergi,
Am Dm
jalan betul, anakanda,
F
tak jelas mata
C G
ambil yang sarat duri.

Dm F
hiduplah arjuna beta,
C G
biarkan jasad yang luka,
Dm F
selama tuhanmu ada,
C G
takkan engkau tercela.

C G
ngeri tak terbayang mata,
Dm F G
bonda takkan ada sentiasa,
C G
nanti moga kau tak lupa,
Dm F G
bonda memujukmu, anakanda.

Dm F
hiduplah arjuna beta,
C G
biarkan jasad yang luka,
Dm F
selama tuhanmu ada,
C G C
takkan engkau tercela.





Fonts Embelishments for Crafts

Jumaat, Februari 21, 2014

Secara peribadi, saya suka andai kad-kad yang saya buat ada sentuhan fonts alphabets. Macam dekat bawah ini: 


So, untuk 2014, saya sempat borong 'fonts embelishments' for all my future crafts projects. Tak kisahlah untuk kad atau scrapbook. Seperti biasa, jika nak dapat good bargain, saya beli belah di POPULAR.

Pelbagai jenis fonts untuk projek-projek saya!

Di bawah label POPArtz, POPULAR turut keluarkan Fonts Sticker Book. Satu buku RM4.90. Banyaklah juga pilihan fonts yang ada. Sticker book ni bukan sahaja sesuai untuk papercrafting, guna untuk projek sekolah anak-anak pun cantik ... buat cover folio ke ... siapkan homework kelas seni ke ... jangan dibuat tempek-tempek sesuka hati dekat dinding sudah!

Fonts Sticker Book