Washi Tapes untuk Kraf
Ahad, Mac 30, 2014
'Masking tapes' untuk kraf berbeza dengan 'masking tape' biasa (yang macam plaster berwarna putih tu). 'Masking tapes' untuk kraf atau turut dikenali sebagai 'washi tapes' (yang diperbuat daripada kertas beras) didatangkan dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Pita ini boleh dikoyak dengan tangan dan mudah ditanggalkan semula. Of course, digunakan secara meluas dalam projek kraf dan D.I.Y seperti buat hiasan pada kad ucapan, cupcake toppers dan fridge magnets. Malah, 'masking tape' ini sesuai digunakan untuk aktiviti bersama anak-anak misalnya buat bekas pensel dan hias alat tulis seperti pensel, pen dan buku nota harian supaya lebih menarik!
Sebahagian daripada koleksi saya. Paling suka not muzik & biri-biri comel tu. |
Kredit Imej |
Saya baru nak berjinak-jinak dengan 'masking tapes'. Sekarang ini dalam proses untuk kumpul lebih banyak tapes yang cantik-cantik.
Setakat ini, saya guna 'masking tapes' untuk:
- Buat tag hadiah (gift tag)/ kad
- Photo Frames/Borders
'Photo Borders' Guna Washi Tapes
- Hias Kad Ucapan
'Farewell Card'
Masking tapes yang bercorak cantik turut sesuai digunakan untuk menghias jurnal atau planner.