Dah Jadi Kad Dah...

Khamis, Mei 22, 2014

Ingat lagi tak pembalut hadiah yang saya cerita semalam? Sebenarnya, saya dah 'korbankan' untuk buat kad. Cekengah saya minta saya tolong buatkan belated birthday card for our sister-in-law sebab dia nak bagi sendiri by hand
Sebelum


Selepas


Memandangkan adik ipar kami suka travel dan sekarang berada di London, sesuai sangatlah bahagian bendera tu dijadikan tema kad. Istimewanya, ini bukan sebarang kad. This is an endless card atau turut dikenali sebagai never ending card. Apa tu? Nanti saya terangkan dalam kesempatan lain ye.


Elsa (Frozen) Muncul dalam Once Upon A Time

Rabu, Mei 21, 2014

Siapa tengok TV show ni? Once Upon A Time dah sampai musim ke-3 dah. (Baca mengenainya di sini) Baru beberapa minggu lepas aired season finale. Saya suka tonton cerita ni sebab jalan ceritanya banyak sangat twists. Apa sahaja watak fairy tales yang dimasukkan ke dalam cerita, pasti ada kaitannya dengan Regina (The Evil Queen) atau Rumplestiltskin.

Menariknya, cerita yang penuh dengan watak-watak yang kita kenal dan familiar (Belle Beauty & The Beast, Red Riding Hood, Captain Hook, Snow White & Prince Charming) akan 'import' Elsa. Yes. Elsa dari animasi popular Frozen yang cipta fenomena tu!

Kredit Imej: ABC Entertainment
Siapa yang mainkan peranan Elsa dan kenapa pula si Elsa ni muncul di Storybrooke kena tunggu Season  4 lah :)


Appeared masa last scene. (Picture: ABC Entertainment)


Oy, mate!

Ini kertas pembalut hadiah a.e.i.o.u studio. Berkenan betul saya! Saya beli sebab sesuai untuk buat kad@scrap page yang bertemakan travel. Warnanya rich! Kertasnya pun agak tebal. Cantik kan? Ada gambar bendera, gambar tiket, gambar cop/stamping pasport. So, sesuailah guna untuk projek kraf kertas. Menurut pendapat peribadi saya, kertas pembalut hadiah a.e.i.o.u studio semuanya berkualiti terutama sekali yang jenis depan bercorak dan bahagian dalamnya berwarna. Macam kertas di bawah ini. Hadapan gambar-gambar berkaitan travel, manakala bahagian belakangnya berwarna coklat cair. Dua-dua belah boleh guna. Kalau nak balut hadiah style lipat-lipat macam kipas tu jadi cantiklah sebab ada kontra.


Saya bercadang menggunakan kertas pembalut hadiah ini untuk buat kad hari lahir. Selebihnya nak buat penanda buku dan dijadikan hiasan untuk scrap page. Tentulah temanya ala ala travel/kembara. Nanti saya kongsikan hasilnya.


Guna Semula Tag Roti

Ahad, Mei 18, 2014

 
Bott selalu pelik setiap kali saya ambil tag roti dan simpan dalam kotak kecil. "Nak buat apa? Recycle?"
Heheheh kali ini bukan recycle, tapi reuse. Kita nak guna semula tag roti kat atas untuk cantikkan 'party favours' yang nak diberikan kepada budak-budak. 

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:
  • Tag roti (kena kumpul dululah ye...)
  • Permanent Colour Pen/Marker seperti Sharpie

 Cara-cara:
  1. Terbalikkan tag roti.
  2. Lukis mata, hidung dan mulut dengan pen/marker. (Boleh ajak anak-anak untuk lukis bersama anda. Guna kreativiti untuk lukis bulu mata, kening, pipi dan hidung.)
  3. Biarkan beberapa minit hingga kering. 

Haaa,..apabila dah kering, boleh digunakan untuk ikat pek gula-gula seperti dalam gambar di bawah.

The kids will be very excited to get this. Ada kelainan sikitlah,...selalu kita guna reben, kali ni guna tag roti. Selamat Mencuba!!!