Kord Gitar Sesal Separuh Nyawa - Alyah (Easy Chords)

Isnin, Jun 30, 2014

Dah lama saya nak buat chords lagu ni version yang 'senang-senang aje'. Tapi, asyik ada kepentingan lain. Semalam, sempat spent time dengan si Kapok, transposed chords apa yang patut. So, bagi yang cari kord mudah untuk lagu ni,...enjoy!

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Sesal Separuh Nyawa - Alyah (Easy Chords)


(Intro)
Am F G C E

Am                    F
Andai pastinya ku tahu
G                              C
Takkan aku tinggalkanmu
F                                               E
Namun masih keliru teringat masa lalu

Resepi Gulai Masak Lemak Pegaga

Selasa, Jun 24, 2014

Apabila saya tunjukkan Cekebon pokok pegaga saya, Cekebon excited sangat! Yelah, masa saya mula tanam pokok ni, Cekebon & Angah pergi London. So, diorang tak perasan pun Taman Herba Mini saya mula menghijau semula :)

"Buat masak lemak, kak!" Tu dia,...request dari bonda tercinta.

Gulai Masak Lemak Pegaga


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Daun pegaga
  • Segenggam kecil ikan bilis
  • Santan (saya guna sekotak santan 200ml yang Reduced Fat/Lemak Dikurangkan) + sedikit air untuk cairkan santan
  • 2 butir bawang merah (hiris halus)
  • serbuk kunyit
  • 3 batang cili merah (buang biji dan potong serong)
  • asam keping
  • belimbing besi/buluh
  • 1 batang serai dititik
  • garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Masukkan santan, bawang merah, serai, asam keping dan ikan bilis ke dalam periuk. Masak hingga santan mula mendidih. Kacau perlahan.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit, cili merah dan belimbing. Kemudian, masukkan garam (hanya jika perlu) kerana kita dah ada masin ikan bilis.
  3. Akhir sekali, masukkan daun pegaga dan terus mengacau gulai (supaya tekstur santannya tidak pecah).
  4. Sedia untuk dihidang.


Persiapan Menyambut Ramadhan - Menu Planner untuk Ramadhan

Isnin, Jun 23, 2014

Beberapa hari je lagi kita nak sambut ketibaan Ramadhan. Saya pasti dalam kepala ibu-ibu dan isteri-isteri sudah mula berfikir macam-macam. Nak masak apa untuk berbuka puasa? Sahur nanti lauk apa? Biskut raya apa nak cuba buat tahun ni? Bawa bertenang. Jangan berselirat sangat otak tu. Nanti stress! 

Gunakan 'menu planner' di bawah ini untuk rancang lebih awal apa yang hendak dimasak. Ambil masa (disarankan pada hujung minggu/bila free) untuk duduk sekejap dan 'plan ahead' juadah-juadah yang akan disediakan dalam minggu seterusnya. Kemudian, senaraikan terus bahan-bahan yang diperlukan supaya bila pergi shopping barang dapur, kita tahu apa yang nak kena beli :)

Jadi, sepanjang minggu tu kita dah relaks. Dah tahu nak masak apa. Bahan-bahan semua dah ready. Teratur sikit perjalanan Ramadhan kita. Nak buat lebih exciting, letakkan 'Menu Planner' ini di peti sejuk/ notice board keluarga. Biar setiap isi rumah teruja tengok menu yang bakal dihidangkan sepanjang minggu terutamanya si kecil. Apatah lagi kalau makanan kegemaran mereka tersenarai sebagai sajian berbuka puasa hari itu.



Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan!


Resepi Biskut Raya - Tart Beri Biru Berkeju

Sabtu, Jun 21, 2014



Blueberry Cheese Tart saya :)


Resepi Biskut Tart Beri Biru Berkeju

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 200g mentega/marjerin
  • 1 biji telur
  • 100g susu tepung
  • 50g tepung jagung
  • 300g tepung gandum
  • 50g serbuk keju parmesan
  • 50g gula ising
  • 250g jem beri biru (boleh dapatkan di kedai menjual bahan-bahan kek)
  • sebarang jenis manik hiasan
  • acuan tat bunga

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Gentel/bentuk jem beri biru menjadi bebola kecil.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Masukkan serbuk keju. Gaul rata. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan telur. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh diterap.
  5. Terap tat menggunakan acuan tat pilihan. Susun di atas dulang pembakar yang telah dilengser.
  6. Ambil jem yang telah digentel bulat. Letakkan di atas permukaan. Tekan sedikit untuk leperkan jem biar memenuhi ruang tengah tat.
  7. Tabur manik hiasan.
  8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 20 ke 25 minit. (Oh, jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu!)