Kuih Kasturi untuk Moreh
Selasa, Julai 08, 2014
Beberapa hari lepas dah buat inti kuih kasturi ni. Teringin nak makan. Once inti dah pekat dan sejuk, terus masuk freezer. Tak jadi nak goreng sebab makanan banyak sangat. Hari ni tahap kerajinan tu tinggi sikit. So, saya bertapalah kat dapur, bentuk inti kacang jadi bulat-bulat sampai habis. Kemudian, goreng sedikit untuk moreh kat rumah :) Selebihnya, saya goreng separuh masak untuk didinginbekukan.
Kuih kasturi ni saya buat tak manis sangat. Jadi, Cekebon bolehlah makan banyak sikit. Nak resepi? Rasanya saya pernah tulis entri mengenai kuih ni dulu. Cuba tengok di sini --> Kuih Kasturi untuk Minum Petang