Makaroni Goreng Mudah
Khamis, Julai 10, 2014
Malam tadi, balik kelas sekitar 10.30 malam. Perut rasa lapar la pulak. Nak keluar cari food, malas. Lagipun dah lewat. Selongkar-selongkar barang dapur, tengok apa yang boleh prepare dalam masa yang singkat dan mengenyangkan.
Well, inilah Makaroni Goreng Mudah dari dapur FAMF Tower :)
Well, inilah Makaroni Goreng Mudah dari dapur FAMF Tower :)
Resepi Macaroni Goreng Mudah
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 300 - 350g macaroni (direbus hingga masak, tuskan). Asingkan 1 cawan air rebusan makaroni.
- 5 siung bawang putih (hiris nipis)
- halia - sebesar ibu jari (hiris memanjang)
- 3 ketul bahagian dada ayam (potong kecil-kecil)
- 2 sudu besar cili giling
- 2 kiub pes tomyam
- 1 biji tomato (potong dadu)
- 1/2 batang lobak merah (potong dadu)
- 3 sudu besar minyak masak
- garam secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan kuali. Masukkan minyak. Tumis bawang putih dan halia.
- Kemudian, masukkan cili giling dan biarkan sehingga cili garing.
- Masukkan kiub pes tomyam. (Pecah-pecahkan supaya menjadi serbuk jika perlu). Tuang air rebusan makaroni tadi. Masukkan lobak merah dan ayam. Biarkan seketika hingga ayam masak. Kemudian, masukkan tomato.
- Akhir sekali, bolehlah dimasukkan makaroninya dan gaul sekata. Perasakan dengan garam ikut citarasa.
- Sedia untuk dimakan ;)
*Tak sempat nak garnish atau letak greens...dah lapar!