Kord Gitar Teman Bintang - Masya Ceria Popstar 2

Ahad, Julai 13, 2014

Tengok tak Ceria Popstar 2? Saya tengok pun sebenarnya secara kebetulan. Tetapi, dari minggu ke minggu terus jadi peminat setia sebab nak tonton aksi gadis manis berbakat bernama Masha ni. Merdu suaranya! Seperti yang diramal, Masha muncul Juara Ceria PopstarMusim Ke-2. Saya suka lagu baru Masha, 'Teman Bintang'. Bagi saya Masha berjaya menampilkan persembahan tanpa cela menerusi lagu ini. The best part is, sekali dengar, terus jatuh cinta! 

Kord Gitar From FAMF Tower


Teman Bintang - Masya (Easy Chords)

Lagu/ Lirik: Aiman
(P) 2014 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd



Am E
Tetap dilangkah ini
Am E
Menemani hariku
F C
Menjadi sebuah cerita
Bm E
Yang tak akanku lupa


Am E
Apapun yang terjadi
Am E
Aku yakini nanti
F C
Inginku wujudkan mimpi
Bm E
Yang ingin aku raih


D G
Sandarkan diri ini
Am F
Dalam tujuan hati
Dm E
Mengiringi langkahku yang bererti


A F G C
Biarkan bintang menjadi teman
Dm Bm E
Di dalam mimpiku berkhayal
A Dm G C
Biarkan bintang menjadi teman
Dm F E
Jadikan malamku sempurna


Resepi Biskut Raya - Biskut Oreo Coklat Cip

Sabtu, Julai 12, 2014


Nak cuba tak biskut rangup dan yummy nih? Ini antara biskut kegemaran saya. Tak perlu tunggu raya. Buat untuk makan hari-hari biasa pun, cepat je balang biskut lengang! Drop cookies. Tak payah nak bentuk-bentuk atau terap. OK, ambil resepi ni :)

Resepi Biskut Oreo Coklat Cip

Bahan A
150g mentega
150g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
180g tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
(Ayak, kemudian masukkan 1/2 sudu teh garam halus)

Bahan C
100g coklat putih (parut halus)
160g coklat cip
100g biskut oreo (boleh beli yang telah sedia dihancurkan/hancurkan sendiri)
80g cornflakes (kisar halus)

Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar 170 - 175 darjah celcius.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sekata. Kemudian, masukkan pula esen vanila. 
  3. Setelah adunan menjadi gebu dan warna bertukar pucat, masukkan Bahan B. Gaul rata.
  4. Masukkan parutan coklat putih, coklat cip, biskut oreo dan cornflakes. Gaul hingga semua bahan menjadi sekata.
  5. Ambil satu sudu teh adunan dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilengser. Jarakkan sedikit kedudukan doh biskut kerana biskut akan mengembang.
  6. Bakar selama 12 - 15 minit (bergantung pada ketuhar masing-masing)
 Selamat Mencuba!

Sambal Lonte oh Sambal Lonte



Hidangan penjentik rasa untuk berbuka semalam - Sambal Lonte. Sebenarnya sambal lonte ni lebih kurang sama seperti sambal belacan, tetapi bawang, cili dan belacannya digoreng terlebih dahulu menggunakan sedikit minyak sehingga layu. Kemudian, barulah bahan-bahan tadi ditumbuk kasar. Perasakan dengan sedikit garam dan air asam limau. Siapppp!

Memandangkan satu rumah saya allergic pada belacan, setiap kali nak buat hidangan sebegini, belacannya saya gantikan dengan sedikit ikan bilis (juga digoreng bersama cili dan bawang). Untuk sambal lonte ni saya guna cili merah, cili hijau dan cili padi. Banyak mana? Agak-agak je, ikut citarasa :) Nak pedas berdesupppp, lebihkan cili api. Nak pedas manja-manja, lebihkan cili hijau, kurang cili api.


Dulu saya suka sangat buat tart keju. Tak kiralah tart keju yang plain atau yang ada blueberry filling. Sekarang ni dah tua ...malas nak buat semua tu. Tetapi, hari ini saya hendak kongsi resepi kelongsong tart (tart shells) yang biasa saya gunakan. Bagi saya, kelongsong tart pun mainkan peranan utama dalam memastikan kuih tart enak dimakan. Kalau inti atau filling keju sedap berlemak, tetapi kelongsongnya macam so so sahaja ... hilang kenikmatan makan tart keju heheheh. 

Saya suka kelongsong tart yang rangup. Barulah kunyahan kita tu lebih enak... ada elemen lembut, ada crunchy.... baru puas hati! Okey, jom tengok resepi!


Resepi Kelongsong Tart (Tart Shells)


Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A

  • 200gm butter
  • 100gm gula aising
  • 1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
  • 1 biji telur

Bahan C
  • 420gm tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung

Cara - cara penyediaan:

  1. Putar Bahan A sehingga lembut. Masukkan Bahan B dan putar lagi sehingga gebu. Kemudian, masukkan C dan gaul sebati hingga menjadi doh. Rehatkan doh dalam peti sejuk selama 2 jam.
  2. Ambil sedikit adunan. Tekan adunan ke dalam acuan tart. Buang lebihan adunan supaya kelongsong terbentuk lebih kemas. Cucuk dasar kelongsong dengan garfu agar tidak menggelembung ketika dibakar. 
  3. Bakar pada 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit atau hingga keperang-perangan.

Setelah siap dibakar, bolehlah diisi dengan 'filling' keju atau krim. Tetapi, pastikan kelongsong tat sudah betul-betul sejuk. Kelongsong tat ini boleh disediakan terlebih dahulu dan disimpan di dalam bekas kedap udara. Untuk tahan lebih lama, simpan di dalam peti sejuk.


Selamat mencuba! Nanti jangan lupa kongsi pandangan kalian mengenai hasil kelongsong tart ini dengan saya ya. Haa ... bagi yang sudah mahir buat kelongsong tart, marilah cuba buat salah satu resepi tart kegemaran saya -  Tart Badam Rasberi.