Resepi Kerabu Bihun ala Thai

Selasa, Julai 15, 2014

Dah lama tak buat kerabu bihun ni. Tiba-tiba teringin pula nak makan. Pergi kedai cari bunga kantan. Habislah pulak! Kalau time tak nak tu, bersusun-susun bunga kantan kat kedai. Boleh letak atas dulang hantaran! Hmmm, dah mengidam sangat ni,..tak de bunga kantan pun OK je lah!


Mari lihat apa bahan yang diperlukan:
  • Bihun lebih kurang 1/2 bungkus (celur tapi jangan sampai 'soggy', tuskan)
  • 1 biji timun sederhana besar (buang empulur dan potong memanjang)
  • 1 batang lobak merah (potong memanjang)
  • 2 batang bunga kantan (hiris halus)
  • 3 batang serai (hiris halus)
  • 1 - 2 kiub tomyam (hancurkan sedikit). Boleh juga digantikan dengan 1- 2 sudu pes tomyam.
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 7 biji cili api (hiris halus)
  • beberapa helai daun limau (saya tukar selera, guna daun pudina)
  • jus limau kasturi secukupnya
  • garam (jika perlu)
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan pes tomyam buat seketika hingga naik bau.
  2. Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan bihun yang telah ditus, lobak merah, timun, bunga kantan, serai dan cili api.
  3. Tuangkan bahan tumis tadi ke dalam mangkuk. Gaul semua sehingga sekata.
  4. Perasakan dengan jus limau kasturi dan garam.
  5. Taburkan hirisan daun limau.
  6. Sedia untuk dihidang!

Portion hidangan ni agak besar tau. So, bolehlah beri jiran tetangga sikit. Basically, kerabu bihun ni lebih kurang macam bihun yang kita makan dengan nasi ambeng, cuma diberi sentuhan ala Thai. Masam-masam gitu! Sesuai jadi side dish untuk dihidang bersama lauk lain. Makan begitu sahaja pun sedap! 

Oh ya. Jangan terikat sangat dengan sukatan resepi di atas. Adjust ikut selera. Nak lebih pedas, tambah cili api. Nak lebih rasa tomyam, lebihkan pes...Rasa-rasa nak lebih meriah lagi, masukkan sebiji tomato yang dipotong dadu. Selamat Mencuba! Nanti, bila dah buat, jangan lupa share di sini best ke tidak, ye.




Alhamdulillah! Pelikat Pants Jadi Milikku!

Tak boleh tidur pulak malam ni. So, duduklah menghadap laptop. Buka blog. Ada beberapa komen yang kena approve. Satu komen yang buat saya tersengih, tersenyum, tepuk tangan dan terkekeh-kekeh seorang diri dinihari ini ialah:


Rezeki saya jadi pemenang utama lah! Alhamdulillah! GA ini berlangsung dari 17 Jun - 8 Julai 2014. Pengumuman pemenang - hari ini. Excitednya! Kenapa saya excited? Jangan main-main,...hadiah utama ialah Sepasang Pelikat Pants. Ya, seluar glamour Afdlin Shauki tuh. Masygul Online merupakan Ejen Pelikat Pants B.O.B Original yang sah! So, sesiapa yang berminat nak dapatkan 'Pelikat Pants' atau 'Batik Pants', silalah berkunjung ke Masygul Online dan tengok rekaan-rekaan menarik di sana. 'Pelikat Pants Kids' pun ada tau!

Terima kasih banyak-banyak, Masygul Online!

Nota Senyum: Tak sabarnya nak tunggu ketibaan 'Pelikat Pants' saya. Boleh buat raya!!!Oh, lupa pula. Tahniah juga buat pemenang-pemenang lain :D


Air Koko Panas Bercili

Isnin, Julai 14, 2014

Ya, memang tak salah baca, tak salah lihat. Air Koko Panas Bercili :) Haa,...nampak tak hirisan cili merah di atas? Saya cincang halus dan masukkan pada air koko panas saya. Gunalah apa sahaja,...air malt coklat, air koko, Milo, Vico, Ovaltine,..sachet 3 in 1 pun boleh. Bancuh ikut selera masing-masing.  Kemudian, masukkan cincangan cili merah tadi. Biarkan seketika supaya rasa cili tu meresap dalam air koko.


Sedia untuk dinikmati! Syokk minum sorang-sorang sambil blogging depan komputer :)

Kalau sebelum ini kita dijamu dengan 'Rindu Serindu-rindunya', nyanyian asal kumpulan Spoon versi Firman, kali ini saya nak ajak kalian dengar pula lagu 'Ku Mohon' yang dinyanyikan semula oleh Afgan. 'Ku Mohon' merupakan lagu Dato' Sheila Majid yang popular pada hujung 90-an. Saya sendiri meminati lagu ini kerana liriknya yang straight to the point tetapi amat mendalam. Dulu-dulu time muda remaja, memang confirm karaoke lagu ni lah.

Bagi saya nyanyian Afgan boleh kembalikan populariti lagu ni. Tidak banyak beza dengan lagu asal, cuma susunan muziknya lebih simple dan sedap didengar :) Cuba kalian nilai sendiri.



 

Lirik Ku Mohon - Afgan (Nyanyian Asal Dato' Sheila Majid)
Ciptaan: Mac Chew & Dato' Sheila Majid

Setiap hariku mohon agar kau senantiasa
Memberiku ketenangan dalam hati kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya artinya

Kau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku do'a kau selalu mengawasi gerak-gerikku
Berkatilah ku perlu rahmat dariMu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu

Ada kala ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tak bersabar hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku melalui semua itu ooh
Kuatkanlah (kuatkanlah) jagakanlah diriku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu
Curahkanlah nikmatMu kepada hidupku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.