Resepi Mudah - Sambal Hijau Tempe dan Tauhu
Sabtu, Julai 19, 2014
Sambal tempe dan tauhu ni mudah je nak disediakan. Selalunya saya buat guna cili merah atau cili kering. Kali ni tukar selera, kita guna cili hijau pula. Goreng tauhu dan tempe yang telah diperasakan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. Tumbuk kasar cili hijau (lebih kurang 10 biji) dan tumis bersama sebiji bawang besar (didadu) sehingga cili masak. Masukkan dua sudu besar cuka putih dan sedikit garam. Biarkan seketika. Kemudian, gaulkan dengan tempe dan tauhu. Sedia untuk dihidang :)
Eh, kejap! Biar saya tepek resepi sambal hijau di bawah ini:
Resepi Sambal Hijau Mudah
Bahan yang diperlukan:
- 1 - 2 labu bawang besar (potong dadu)
- 4 - 5 ulas bawang putih (mayang)
- 6 batang cili hijau dan 5 batang cili api (cili ni ikut citarasa masing-masing - boleh tumbuk/blend saja)
- 1 keping asam keping
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
Langkah-langkah penyediaan:
- Panaskan kuali. Masukkan 2 ke 3 sudu minyak. Tumis bawang merah, diikuti dengan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cili hijau dan cili api. Tumis hingga garing. Masukkan asam keping. Perisakan dengan garam. Hasilnya sepatutnya jadi macam sambal berlada hijau.