Sebelum ni saya pernah sertai
GA oleh Masyghul Online dan Alhamdulillah, saya
berjaya jadi pemenang utama yang melayakkan saya menerima sepasang
pelikat atau
batik pants pilihan. Sejak dari awal lagi saya berkenan dengan
pelikat pants, tetapi kebetulan
pants saiz saya tidak ada stok. Jadi, saya pun pilih sepasang
batik pants yang bagi saya cukup cantik coraknya :)
 |
| Kredit Imej: Masyghul Online |
Nak dijadikan cerita, rezeki dapat pants ni agak lambat. Entah kenapa, setelah dihantar melalui poslaju, seluar ni travelled banyak tempat,.. dari satu cawangan poslaju ke satu cawangan lain dan alih-alih dikembalikan semula kepada pengirimnya. Terpaksalah Encik Amirul mengirimkannya semula kepada saya. Disebabkan masa tu dah nak dekat raya, bungkusan tersebut dijangka sampai selepas raya. (Terima kasih banyak-banyak ye...bersusah payah uruskan hadiah saya).
Alhamdulillah, berpeluang rupanya jadikan batik pants sebagai koleksi baju raya untuk tahun ni :) Kali ni seluar tu tak gi jalan jauh-jauh. Sampai terus ke depan rumah! Teruja saya pakai sambil layan tetamu bertandang di rumah dan pergi jalan-jalan. Sangat-sangat selesa.
 |
| Jalan-jalan dengan Batik Pants! |
Nanti ada rezeki nak beli beberapa pasang. Sesuai juga dijadikan hadiah untuk yang tersayang. (Dalam kepala dah mula congak bajet,...hadiah untuk Baba, hadiah untuk birthday Uje...)
Oh ya, sesiapa yang berminat nak beli Pelikat Pants atau Batik Pants secara online, sila jengah Masyghul Online :)