Kegilaan Gelang Getah
Isnin, September 01, 2014
Pernah dengar 'Rainbow Loom'? Ermm, kalau tak, pernah tak tengok budak-budak sekarang pakai gelang ni?
Sekarang ni musim si cilik datang kelas & tayang gelang baru yang dibuat oleh mereka.
|
'Rainbow Loom' dah lama dah popular di luar negara tetapi baru belakangan ini jadi 'trend' dalam masyarakat kita terutamanya kanak-kanak dan remaja. Cantik sebagai aksesori yang boleh digayakan, aktiviti menghasilkan gelang ini menjadi kegilaan kerana pilihan warnanya yang menarik dan mudah untuk dibuat. Ala, macam kita masukkan getah anjang-panjang untuk 'main getah' tu. (Kalau anda tak ada idea apa yang saya cakapkan, senyum jer,..sebab anda jauh lagi muda!)
Bagi yang dah terjebak dengan 'Rainbow Loom' ni, pelbagai rekabentuk gelang yang boleh dihasilkan. Tidak terhad kepada bentuk simple seperti di atas. Boleh buat bentuk bunga,..bentuk bintang,.. Sesuai untuk dijadikan aktiviti bersama anak-anak pada masa senggang/ di dalam kelas seni untuk develop kreativiti mereka.
Oh, hati-hati,..terdapat banyak produk tiruan di luar sana. Memang harganya lebih murah tetapi tidak sesuai untuk si cilik anda kerana materialnya berkemungkinan besar tidak bebas toksik.