Takkan Gembira kalau Asyik Fikir Orang
Khamis, November 20, 2014
Tengah hari tadi sempat main 'pin-mengepin' dekat Pinterest. Jumpa poster ni.
Tetapi, apapun skala dan takrif kegembiraan kita, kalau nak lebih happy, content dan berlapang dada, kita kena berhenti fikir tentang orang lain.
Credit |
Perhatikan nombor 1, 3, 6 dan 10. Memang kalau diikutkan, 'gembira' tu sangat subjektif. Yang penting, gembira tu sebenarnya datang dari dalam diri. Apa yang menggembirakan kita, mungkin tidak bagi orang. Perkara kecil yang boleh datangkan kegirangan pada orang lain, mungkin tidak cukup bagi kita.
Tetapi, apapun skala dan takrif kegembiraan kita, kalau nak lebih happy, content dan berlapang dada, kita kena berhenti fikir tentang orang lain.
(1) Jangan pedulikan apa yang orang fikirkan tentang kita. Baik/buruk, betul/salah, kita tidak akan ubah persepsi mereka. Asyik layan 'apa orang kata' pun tidak menjamin yang kita akan jadi lebih baik.
(3) Jangan sama sekali bandingkan permulaan kisah kita dengan pertengahan kisah orang lain (Erk,..macam direct translation pulak!) Dah nama pun 'permulaan'. Manakan sama dengan pertengahan cerita. Kalau nak bandingkan juga, carilah perbandingan yang setara ;)
(6) As I mentioned earlier, kebahagian kita tak terletak dalam tangan orang!
(10) Belajar jadi diri sendiri. Letih sebenarnya kalau kita cuba nak jadi orang lain ;)
Tak ada sebab untuk tak gembira!