Kerepek Durian

Jumaat, Disember 12, 2014

Jauh datangnya kerepek durian ni,..dari Thailand. Adik ipar saya, Dhila yang beli and beri kami rasa. Kata Dhila, ramai orang cakap kerepek durian tu sedap. Memang terkenal kat sana.

Saya dah lama benar tak makan kerepek durian. Kerepek biji durian biasalah makan. (Nak try? Rujuk resepi di sini ye) Apa lagi,.. adik dah bawa stok gatal gigi, bukan main excitedlah saya mengunyah! Suprisingly, rasa kerepek durian ni macam kerepek sukun.  Kalau tak kerana packagingnya yang tertera 'Durian chip', memang saya akan kata sukun =)

Kerepek durian

Rasa lemak-lemak durian tu memang ada tapi bau semerbaknya tak. Orang yang bukan penggemar durian pun boleh enjoy kerepek ni. Tetapi, harganya ya ampunnn! Dalam satu kotak, ada dua pek seperti di atas,..harganya RM40! Maybe sebab pakai durian mahal + Dhila beli kat airport. Nway, thanks so much, Dhila!


Terkelindan,..

Ini antara urusan yang berjaya saya selesaikan semalam. Urusan posto!
Bersedia untuk dikirim. 
Kotak dan sampul besar putih saya nak guna poslaju. Tetapi, empat keping yang tersusun belah kanan, nak pakai pos biasa. Sampai kaunter, saya cakaplah nak timbang untuk setem. Petugas di kaunter tu terus cakap ni semua RM4 setiap satu. Saya pelik. RM4?

Susu Pisang ala-ala 'Banana Milk' Korea

Khamis, Disember 11, 2014

Hari ni saya keluar shopping barang keperluan dapur. Dah buat plan keluar, lupa pula hari ni Selangor cuti! Ya Allah, ramainya orang! Atas jalan sesak, dekat hypermarket sesak. Sana-sini penuh orang. Saya yang dah terbiasa shopping waktu lengang tak ada orang, mula pening-pening lalat dibuatnya.

Dalam hypermarket tak usah ceritalah. Setakat laga-laga troli, kena senggol kiri kanan dengan troli yang ditolak oleh 'budak-budak kecil-belum-cukup-umur-belum-cukup-kuat-sudahnya-acik-yang-kena-langgar!' - dah perkara biasa untuk hari ini. Orang beli barang macam esok nak perang! Lagi-lagi sekarang tengah sale sempena Krismas. Bayangkan, saya terpaksa kejar seorang wanita ni hanya kerana dia 'terbawa pergi' troli barang-barang saya. Lama saya terdiam depan troli yang tiba-tiba ada pampers untuk baby huhuhu

Balik rumah, rasa penat sangat! Kalau ultraman, dah menyala-nyalalah alarm kat dada tu. Nak makan pun tak larat. Tapi lapar nih! Alih-alih saya buat susu pisang. Kononnya ala-ala banana milk yang popular di Korea tu.

Susu Pisang

Saya guna pisang segar, segelas susu Anlene dan sedikit gula perang. Since guna pisang betul, teksturnya seperti smoothie. Agak pekat. Alhamdulillah, kenyang! =)

Oh, kalau teringin nak buat banana milk versi Korea, boleh cuba resepi ni:

1 cawan susu full krim
1 sudu besar gula
1/4 sudu teh banana extract

Nite nite! Rombongan blogwalking saya terpaksa ditunda buat sementara waktu. 'Acik' kena rehat ;)


Okey, ini satu lagi DIY mudah yang kita boleh buat menggunakan bahan terbuang. Gunakan bahagian bucu sampul surat lama/terpakai ...

Potong mengikut saiz yang dikehendaki :)

...untuk hasilkan penanda buku seperti di bawah ni.

Penanda buku daripada sampul surat terpakai.