Khamis, Disember 11, 2014

Susu Pisang ala-ala 'Banana Milk' Korea

Hari ni saya keluar shopping barang keperluan dapur. Dah buat plan keluar, lupa pula hari ni Selangor cuti! Ya Allah, ramainya orang! Atas jalan sesak, dekat hypermarket sesak. Sana-sini penuh orang. Saya yang dah terbiasa shopping waktu lengang tak ada orang, mula pening-pening lalat dibuatnya.

Dalam hypermarket tak usah ceritalah. Setakat laga-laga troli, kena senggol kiri kanan dengan troli yang ditolak oleh 'budak-budak kecil-belum-cukup-umur-belum-cukup-kuat-sudahnya-acik-yang-kena-langgar!' - dah perkara biasa untuk hari ini. Orang beli barang macam esok nak perang! Lagi-lagi sekarang tengah sale sempena Krismas. Bayangkan, saya terpaksa kejar seorang wanita ni hanya kerana dia 'terbawa pergi' troli barang-barang saya. Lama saya terdiam depan troli yang tiba-tiba ada pampers untuk baby huhuhu

Balik rumah, rasa penat sangat! Kalau ultraman, dah menyala-nyalalah alarm kat dada tu. Nak makan pun tak larat. Tapi lapar nih! Alih-alih saya buat susu pisang. Kononnya ala-ala banana milk yang popular di Korea tu.

Susu Pisang

Saya guna pisang segar, segelas susu Anlene dan sedikit gula perang. Since guna pisang betul, teksturnya seperti smoothie. Agak pekat. Alhamdulillah, kenyang! =)

Oh, kalau teringin nak buat banana milk versi Korea, boleh cuba resepi ni:

1 cawan susu full krim
1 sudu besar gula
1/4 sudu teh banana extract

Nite nite! Rombongan blogwalking saya terpaksa ditunda buat sementara waktu. 'Acik' kena rehat ;)


54 ulasan:

  1. wahhh nampak sedap. tk penah lagi minum susu pisang korea tu, buat sndiri nmpk cm best je :D

    BalasPadam
  2. ingtkan ada blend skali dgn pisang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa kalau di kilang tu maybe diorang guna pisang betul acik. Cuma kalau kita nak buat segelas, nak rasa macam banana milk korea tu, guna banana extract je.

      Saya buat semalam lebih kepada smoothie pisang.

      Padam
  3. Kesian akak troli dibawa pergi. Hehe.
    Sekarang musim sale so semua perang sale dan yang membeli pun memang perang nak dpt barang. XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, budak! Ngeri pun ada! Beli barang main rebut-rebut..ambil barang macam esok kedai semua tutup!

      Padam
  4. Akak, banana extract memang wujud ea? Saya baru tahu. Hehe. Kena p cari kat bagus ni ^.^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada...haa pergilah cari kat bagus. Confirm ada =)
      Tapi nanti kalau nak buat, letak sikit sikit dulu tau.

      Padam
  5. Omaigitttttttt pisang?? i love pisang !!!

    BalasPadam
  6. aihhss..kecian acik taw.. kenapa tolak2 acik nie heheheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah,...kesian acik kena sondol ngan troli huhuhu

      Padam
  7. lawak plak ayat kak farah kalau ultraman...dh lama xtgk cita uktraman tue.. zaman kwcik2 ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah memang akak rasa macam ultraman yang hampir tewas masa tu ;)

      Padam
  8. ahahaahh...boleh tersalah 'ambil' torli..sabar je lah org tu heee...Pengalaman tul shopping time ramai org..kalau leh dapat pampers free dalam troli tu ok gak tapi nk buat ape ngan benda tu...org bujang heeee..Farrah..farrahh..kelakar lah citer gi shopping time Selangor cuti ni...time ni lah kot dorang ada masa nk shopping sakan..tapi sabtu ahad kan ada...hurmmm

    ohh..sis JM igat guna pisang awak ke, berangan ke...guna banana extract eh..nak try pastu nk compare sama x rasa :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pampers tu nak buat kraf pun tak boleh, sis! Hahaha semalam versi yang buat ala-ala smoothie tu guna pisang montel/dole.

      Yang guna banana extract tu, nanti bila sis buat, inform ye sama ke idak rasanya. Saya main minum je...dah dasar hantu pisang, semua saya rasa best!

      Padam
  9. farra,khaty kalau dah ramai mcm tue,mungkin khaty akan kuar dulu,takut 'penat' nanti..
    ooo..cuma ada bau je la pisang tue..mesti sedap kan,tak pernah try lagi pon..ngee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Khaty, feeling-feeling bau pisang je. Nanti cubalah Khaty. Buat pakai pisang betul pun sedap gak :)

      Padam
  10. wow Kak Farrah dah ade instinct korea gitu.. masa sip tu ade fefeeling lagu kepop dak.. hehe CT tak minum susu tapi kalo yogert drink hookay laju aje hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. adalah lagu-lagu KPOP bergema dengan rentak sumbang kat telinga ni...nak beli banana milk yg glamour tu mahal tak ingat!

      Oh, susu tak leh go, yogurt drink ok ye...

      Padam
    2. yup susu putih tu.. mak kata dari baby actually prangai mngada da wujud. susu badan saja minum susu tepong tak minum.. sbb tu CT kena consume calcium pill hari hari hehee

      Padam
    3. Hihihi nasib baik ada solution kan :)

      Padam
  11. Nampak macam senang... Boleh cuba jugak nih... He He He....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang, Scdha :)
      Nak buat pakai pisang segar boleh, pakai extract je pun boleh

      Padam
  12. kalau blend ja pisang boleh tak kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi sedap, aRz. Macam yang akak buat tulah. Tapi teksturnya pekat ala-ala smoothie la :)

      Padam
  13. Troli hilang kena sambar..?? mesti kelakar main lari2 dengan troli an kak.. hehe.. ohh.. macam smoothie pisang lah ea... tapi pakai anlene.. lebih berkhasiat dan menyelerakan.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, dik! Tak penah2 troli kena samun hihihi punyalah ramai orang tengah gila shopping time tu.
      Haah, macam smoothie pisang with a dash of vanilla sebab Anlene tu kan creamy :)

      Padam
  14. alaa anis xsuke susu.. tapi macam nak cube.. bau pelik x? takut termuntah..huhu... nampak sedap kak farah..siyess tak tipuuu... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak suka susu,.. sangatlah tidak disarankan, Nis. Bau tak pelik, tapi takut kombinasi pisang + susu buat Anis makin tak lalu.

      Padam
  15. kat sini tak tau la jual ka tak esktrak pisang tu. kalau buat pisang betul lagi sedap kot kan. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakai extract pisang tu kalau Cik Fafa nak imitate banana milk korea tu. Kalau nak yang lebih mengenyangkan dan puas minum, memang pakai pisang betul :)

      Padam
  16. kiteww pon x suke p shopping time org ramai. rimas sana sini manusia smpai belaga2 heshh. err ana ni pulak x mkn pisang + susu. hurmm tp tgk kak farah buat tu mcm bes pulak =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh sebenarnya makan buah dengan susu ni tak digalakkan,..tapi bolehlah once in a blue moon :)

      Padam
  17. wah nampak sdap! tp kite xsuka minum susu lak. cmne ni. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak suka minum susu, pandang je lah yer, Nadya. Akak tak berani recommend drink ni, takut lagi tak lalu :)

      Padam
  18. saya pun terlupa,semalam2 cuti,tu yang pelik semacam kenapa abg tak kerja..uhuhu..
    shopping waktu 'puncak' mmg macam tu kak, bukan ja pening dgn kerenah orang ,pening juga nak beli barang sbb harga murah2..! musim perayaan dh dekat kan..

    saya suka letak pisang segar dr guna ekstrak.. ehhehe..mmg kenyang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..akak kena lebih alert. Dah biasa shopping waktu orang tak de, tetiba berpusu-pusu...rasa macam kena serang pula.

      Personally akak pun lebih suka letak pisang segar :)

      Padam
  19. Memang pening kalau dhopping time ramai orang..lagi time nak bayar..panjang betul org berbaris..

    opps, susu? hehehe..awal2 dah tolak..hekhkek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Cik Mimie pun tak minum susu ye :) tak pa,..jamu mata je ye.

      Padam
  20. hahahahhahaha... boleh pula orang tu tertukar troli. adoi, saya pun pending kalau macam tu >.<

    wah, nampak sedap lak susu pisang tu. nanti nak try gak! mekasih kak share. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, Amy. Serik betul akak shopping ramai2 orang ni. Nak pilih barang2 pun susah! Nanti try tau. Kalau suka share kat sini :)

      Padam
  21. erm..minuman yang sihat ni kak..senang pula tu nak buat kan :)

    BalasPadam
  22. kalau time cuti umum, memang penuhlah mall, nak nak hujung tahun ni .. ada sale sana, sale sini. hihi...
    thanx untuk resepi tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r most welcome, Ros.
      Nanti ada peluang cubalah ye :)

      Padam
  23. cam sedap je sis. saya bab pisang ni memang kureng sikit.. ekekek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bukan penggemar pisang, ni bukan utk Zati.
      Kayak pula nanti :)

      Padam
  24. Teringat yang k.JM minum masa pi Korea.
    K.Farrah fefeeling kat korea lah tuuuu ea..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fefeeling Korea sangat. Itulah baca entri K. JM punya pasal. Then, jumpa kat pasar raya harganya mahal tak ingat! 6 kotak dua puluh ringgit lebih! Buat sendiri lagi bagus :)

      Padam
  25. Kalau tkde teh banana extract tkpe kan?

    BalasPadam
  26. igtkan kak farrah gune pisang yang betul kasi blend

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.