Sangria ni sebenarnya sejenis minuman yang berasal dari Spain. Lebih kurang macam air punch beralkohol dengan potongan pelbagai jenis buah di dalamnya. So, kita akan dapat nikmati rasa buah-buah yang dimasukkan ke dalam sangria. Sambil minum sambil makan buah. Ala ala infused water lah cuma sangria lebih berperasa.
Version dari dapur FAMF Tower
version yang dah kena
modified. Saya gunakan teh dan madu,
then masukkan hirisan epal merah, lemon dan halia. Kebetulan badan rasa
bloated. Burpp burppp je. Selalunya saya akan buat
Teh Halia dan Lemon. Kali ni nak ubah selera,...nak
something refreshing to quench my thirst as well ;)
 |
| Sangria Epal, Lemon & Halia |
Mula-mula, rendam teh dan hirisan halia dalam air panas. Biarkan hingga teh kembang dan rasa halia keluar meresap ke dalam air. Then, masukkan beberapa sudu madu dan kacau hingga sebati. Potong buah-buah yang ada, masukkan ke dalam air teh. Tambah air sejuk dan sedia untuk dihidangkan.
Boleh pelbagaikan resepi ikut citarasa sendiri. Tak mahu guna teh, boleh guna jus atau sirap (cuma kena pandai agak-agak manisnya), masukkan buah-buhan dalam tin ke,...masukkan nata de coco ke...terpulang. Cuma, potongan buah tu biarlah nipis-nipis atau didadu kecil. Especially kalau nak beri anak-anak minum. Bimbang nanti ada yang tercekik buah pula.