Happy New Year [2014], 3 jam yang Berbaloi!

Ahad, Disember 28, 2014

Pagi-pagi lagi saya dah menghadap cerita Hindustan. Bukan calang-calang. Ini filem terbaru lakonan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone. Ada juga pelakon-pelakon hebat lain seperti Abishek Bachan, Anupam Kher dan Jackie Shroff.


Filem ini mengisahkan sekumpulan 'the so-called losers' yang diketuai oleh Charlie (Shah Rukh Khan) yang cuba untuk melakukan rompakan diamond terbesar di Dubai. Walaupun jalan cerita macam serius dan ada elemen-elemen balas dendam, cerita ni kelakar habis! Rasanya sepanjang lebih kurang 3 jam menonton, sekejap-sekejap saya akan gelak. Gelak lagi... dan gelak lagi. Banyak sangat babak-babak mencuit hati ;)

Setiap satu watak ada karakter masing-masing yang unik dan menghiburkan. Contohnya, Tammy (lakonan Boman Irani) masih tinggal bersama ibunya meskipun sudah berusia. Tammy akan kena serangan sawan apabila rasa tertekan tetapi sawannya hanya untuk 30 saat ;)

Nandu (Abishek) seorang yang suka muntah. Tak kira tempat, tak kira masa. Jag (Sonu Sood) ada masalah pendengaran sikit. Sangat sayang pada mak dan paling pantang kalau orang kutuk mak dia. Mohini (Deepika), satu-satunya bunga dalam kumpulan tu pula akan tergoda dengan orang yang berbahasa Inggeris, walaupun hakikatnya dia langsung tak tahu bertutur bahasa tersebut.

Apa sebenarnya kisah yang mendorong mereka untuk lakukan rompakan terbesar tu? Mengapa pula tiba-tiba mereka ended up dalam sebuah pertandingan menari antarabangsa? Haaa,...kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah tonton sendiri. Tak pun kita tunggu Ratu Bollywood kita, Amy J buat review ye :)

Yang penting, bagi saya filem ni sangat-sangat menghiburkan dan berbaloi ditonton. Of courselah ada beberapa scenes yang efeknya nampak over dan lawaknya agak slapstick, tapi itulah antara yang menyumbang ke arah kekuatan cerita ni.

Assalamu'alaikum,

Dah sarapan? Pagi-pagi ni saya nak buat hebahan sikit. Nak kongsi dengan kalian semua mengenai #makeupbyschanazri. Yessss, adik Scha Nazri ni menawarkan pakej make up untuk majlis atau keraian istimewa anda. She is a very talented girl with great passion. Sedang gigih nak launch her carrier, serikan wajah anda with her magical touch! Jadi, entri di bawah ini ialah entri reblog dari blog Scha. Selamat membaca! Rajin-rajin, jengahlah portfolio Scha ye :)

--------------------

#makeupbyschanazri -- Mekap tunang. My first client!

Assalamualaikum. Hai semuaa!

Ho ho hoooo!

Alhamdullilah. Ada rezeki aku sempena hari cuti harini. Tahu tak, ini lah pelanggan pertama aku untuk job mekap! Tahu tak perasaan bila di-whatsapp oleh unknown number and tanya quotation untuk mekap? haha. Rasa macam berbunga hatikuuu. Rasa nak buat bebetul and client puas hati.

Tunangnya hari ni, 25hb Disember. Sebelum tu, dia requested untuk buat trial mekap di mana aku charged RM 30 sahaja. Trial mekap ni macam aku mekapkan dia, kalau dia suka look itu, dia ambil lah dengan aku. Just basic ones lah. Untuk the real one, aku memang kasi habis apa yang aku ada.

Masa trial mekap haritu, sejam setengah jugaklah aku mekapkan. Tapi, untuk pertunangan harini, sejam aku dah siapkan. Dia pun kata aku agak laju hari ni. Maybe sebab aku dah tahu apa aku nak conteng kat muka dia. hehe.

Nak tengok? Tak tahu lah korang berkenan ke idak kan. Kalau nak simple look atau apa-apa look, roger-roger aku taw. hehe. 




Alhamdullilah. Semoga Afifah dan pasangan kekal hingga ke syurga. Mana tahu rezeki jumpa Afifah di hari bahagia dia kan? Amin amin amin. Kena praktis banyak lagi ni. Hehe.

Untuk simple engagement macam ni, aku hanya charge RM 150.00 sahaja. Kalau untuk mekap dinner dan function yang lain, bawah RM 100 pun aku boleh offer. Tapi, depends kepada location. Kalau untuk sekitar lembah klang, melaka tu aku charge RM 50-RM 70 sahaja utk transportation. Lepaslah buat duit minyak kereta. hehe.

Kawan-kawan, boleh mintak tolong tak? Boleh tak tolong SHARE kan entry ni kat FB mahupun blog korang? Kalau korang share dekat blog, aku akan review blog korang kat blog aku. Serius ni. Sebab aku serius nak serius nak arena mekap ni. Nampak tak betapa seriusnya aku ni? Wiwiwi.
Whatsapp/text : 011-28536991


DIY - Pelita Comel daripada Bekas Bunga Telur

Sabtu, Disember 27, 2014

Hujung tahun ni kan sana-sini ada kenduri. Sure dapat banyak doorgifts dan bunga telur kan?! Haa,..containers tu jangan buang begitu sahaja. Ada yang boleh diguna semula. Cuba tengok gambar di bawah ni. Saya ada beberapa bekas bunga telur yang cantik design dan warnanya. Kita nak transform bekas-bekas ni jadi pelita comel.


Apa yang diperlukan hanyalah 'tea candles'. Tidak kiralah apa jenis, yang ada pewangi atau tidak. Even yang plain dan putih biasa tu pun OK. Kebetulan, saya memang ada tea candle bau epal ni. Ngam-ngam je saiznya muat dalam bekas-bekas tu. Masukkan tea candle ke dalam setiap bekas. Nyalakan.

Walllllahhhhhhhhh!
Pelita Comel daripada Bekas Bunga Telur
Cantik tak? Efek cahaya yang indah akan terbentuk mengikut corak atau reka bentuk bekas. Bolehlah dijadikan sebagai penyeri di taman anda. Tak pun, sesuai juga untuk hiasan meja time nak buat candle light dinner. Romantik sikit =)

Di rumah saya ni ada 2 orang yang achluophobia (takut/fobia dengan gelap). Kalau tiba-tiba tak ada elektrik, spontan dua-dua kejung jadi batu. Saya je macam murai tercabut ekor, masih nak berborak bercerita. Jadi, pelita-pelita comel ini khusus untuk mereka. Sekurang-kurangnya, efek lampu yang cantik ni bolehlah tenangkan sedikit rasa takut gelap tu (I really hope so.)

Mudah kan? Selamat Mencuba!


Dulu Hanya Takut Perang,...

Dahulu masa kecil-kecil, setiap kali lepas menonton filem Bukit Kepong, saya akan nangis dekat Cekebon,..mengadu yang saya takut perang. Tak mahu perang! Nanti kena menyorok bawah tanah, dalam lubang. Antara ketakutan besar saya pada usia itu ialah peperangan.

Dahulu masa belajar Geografi, saya rasa bersyukur sangat sebab Malaysia terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik (Ring of Fire) dan laluan angin taufan. Jadi, Malaysia bebas daripada ancaman letusan gunung berapi dan kebanyakan bencana alam yang lain. Tak perlu takut. Malaysia kawasan terlindung.

Sekarang, macam-macam perkara yang boleh ditakutkan,..
...takut tsunami
...takut ribut taufan
...takut puting beliung
...takut banjir


Banjir kali ini bukan calang-calang! Lihat paparan berita, otak saya berfikir tak henti-henti.

Setiap kali pegang inhaler, saya akan tertanya sendiri - Macam manalah mangsa-mangsa banjir yang sakit? Selesa ke nak rehat? Ada ke ubat?

Sejuk-sejuk ni, bila perut asyik minta diisi, terkenang mereka - Cukup ke nak makan minum? Sampai ke bekalan pada mereka?

Apapun, semuanya sudah tertulis. Kita harus percaya - atas setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah tersembunyi. Allah menduga hamba-Nya dengan ujian dan musibah untuk menggantikan dengan 'sesuatu' yang lebih baik. 

Selamat Berhujung Minggu! Jangan lupa titip doa untuk mereka yang sedang diduga. Moga segala-galanya akan pulih seperti sedia kala.