Saya dapati poster mini di bawah sangat sangat menarik! Karen Samansohn, (credit goes to her for sharing this) senaraikan 8 perkara yang perlu dikikis dari diri untuk nikmati hidup yang lebih content, ceria dan bahagia :)
|
Credit - Karen Salmansohn |
Saya paling berkenan dengan nombor 2, 6, 7 & 8. No. 5 tu pun penting kalau nak amalkan cara hidup sihat. Jangan manjakan diri sangat dengan benda-benda manis bergula ni. Senyum manis tak apa :)
- Berkata 'YA' walaupun hati dan minda memberontak kata 'TIDAK' - Kadangkala kita kena belajar cakap tidak. Jangan asyik menurut demi nak jaga hati atau tunaikan permintaan orang lain. Apabila kita buat perkara yang kita tidak suka/tidak rela, kita akan tertekan....macam mana nak happy?
- Overthinking - Terlalu berfikir atau terlebih fikir ni boleh jadi penyakit yang makan diri. Over-scrutinizing boleh buat kita risau. Tarik nafas dan bertenang. Ingat, tak semua perkara boleh berada dalam kawalan kita.
- Kerap merungut - This is very unhealthy. Kalau kita kerap merungut, itu tak kena,..ini tak kena,...kita lupa untuk bersyukur atas nikmat-nikmat lain yang kita peroleh. Cuba bangun setiap pagi dengan tekad untuk lalui 1 hari bebas rungutan. Start counting your blessings and you'll smile from ear to ear =)
- Takut akan kegagalan - Belum cuba belum tahu. Jangan asyik runsing fikirkan perkara yang negatif. Nanti apa yang mahu kita lakukan awal-awal dah temui jalan buntu.
Macam mana? Bersedia nak buang mana-mana dalam senarai di atas yang ada dalam diri kita? I do. Kita cuba sama-sama ye :)
Have an enjoyable Sunday!