MYVI in the making :) |
MYVI? Bukan kereta tu ye. Ini kependekan untuk 'My Vocabulary Index' yang saya guna dalam kelas Bahasa Inggeris bersama anak-anak murid. Saya buat sendiri indeksnya guna cap getah ABC (baca mengenainya di sini). Jimat sedikit berbanding beli buku indeks yang ada di pasaran. Apa itu MYVI dan apa fungsinya? Haaaa,...jemput baca di sini.
Psst! Siapa nak tolong saya main cop-cop? Ada dalam lebih kurang 25 buah buku lagi nak kena buat ni :)
Jus Epal Pudina
Selasa, Januari 13, 2015
Minggu lepas saya beli Apple Mint. Daun pudina epal ni salah satu daripada variasi daun pudina yang ada di pasaran. Sedap juga. Sesuai kalau letak dalam salad. Atas saranan Cikgu Hazran, (salah seorang rakan blogger yang minat gardening), saya nak tanam Apple Mint buat tambah koleksi di taman herba saya.
Dah cucuk beberapa keratan dalam pasu, lebihan apple mint saya buat jus epal. Bukan sebarang jus. Jus epal pudina tau :)
Jus Epal dengan Daun Pudina Epal ;) |
Potong epal. Kisar bersama beberapa helai daun pudina dan segelas air. Jangan letak banyak sangat. Takut bila terlalu minty, tak ada selera pula nak minum. Sesudah dikisar halus, tapis. Hidangkan dalam gelas dengan ais (kalau nak lebih dingin). Untuk finishing touch, letakkan daun pudina.
Sedapppp! Refreshing! Cubalah :)
Jom Knock-knock Mereka
Isnin, Januari 12, 2015
Saya sibuk sepanjang minggu lepas. Maklumlah, nak masuk kerja balik. Uruskan pendaftaran kelas tuisyen, siapkan bahan-bahan mengajar, jumpa dengan staff untuk update materials di blog tuisyen. Jadi, blog ini memang terabai sedikit. Ada entri setiap hari, cuma aktiviti membalas komen dan blogwalking terpaksa dibekukan. Sempatlah jengah dua tiga blog, lepas tu mata dah ruyup! Siren Ultraman dah menyala-nyala merah. Sudahnya,...ZzzzzZzzzzz!
Apa yang buat saya terharu, masih ramai yang sudi menjengah blog ni meskipun saya tidak aktif dan berada di luar kawasan ;) Berpinar mata tengok jumlah komen yang ditinggalkan. Bom, pukal, pukat tunda,.. semua complete! Terima kasih banyak-banyak, ye!
Di bawah ini, 12 pengomen terbanyak sepanjang minggu lepas. Saya nak ajak kalian knock knock pintu rumah mereka. Tegur-tegur, kenal-kenal. Jom!
Langgan:
Catatan
(
Atom
)