Resepi Mudah - Lobak Merah Rosemary

Selasa, Januari 27, 2015

Lobak Merah Rosemary

Bagi siapa-siapa yang tak ada idea nak prepare hidangan sayur, boleh cuba resepi simple ni. Lobak merah dihiris memanjang, 2 - 3 ulas bawang putih dicincang halus (Jangan ikut macam akak yang malas ni. Bawang putih tu dah besar saiz sebiji dadu hihihi).

Panaskan sedikit minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh,..nak guna marjerin atau mentega pun boleh), tumis bawang putih. Kemudian, masukkan beberapa tangkai daun rosemary sebelum kita masukkan lobak. Gaul sekata. Perasakan dengan garam. Biarkan seketika atas dapur. Dah boleh angkat dan dihidangkan. Saya suka lobak yang crunchy, jadi tak masak lama sangat. Kalau mahu, tambahkan sedikit air dan masaklah lebih lama untuk lembutkan lobak tu.

Selamat Mencuba!


Psttt! Guna resepi yang sama, hidangan lobak ni boleh juga disediakan dengan kaedah panggang/bakar di dalam oven. Sedap gak!


Resepi Butter Prawn with Oat

Isnin, Januari 26, 2015


Udang Mentega dengan Oat
Baru-baru ini, kawan baik Cekebon beri udang galah dari Sarawak. Jauh datangnya! Mula-mula ingat nak buat kari udang macam dalam blog Sis Deanna. Tapi, kat rumah ni yang suka makan kari saya seorang je...nanti orang lain tak berpeluang nak enjoy udang sihat-sihat dan segar. So, saya buatlah butter prawn. Kebetulan, semua bahan pun ada :)


Resepi Butter Prawn with Oat

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6 sudu oat (Saya suka oat banyak!) - sangai sehingga warnanya bertukar keperangan
  • Beberapa tangkai daun kari
  • 2 sudu mentega
  • 8 - 10 ekor udang galah (Lebih pun tak apa. Ikut sukalah.) Bersihkan, buang apa yang patut.
  • 2 - 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • secubit garam
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
  1. Gaul sekata tepung jagung, lada sulah dan garam. Panaskan minyak. Salut udang dengan saduran tepung yang nipis. Goreng hingga udang masak. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak gorengan tadi dari kuali.
  2. Masukkan pula mentega. Panaskan hingga cair tetapi hati-hati jangan sampai mentega tu terbakar pula. Setelah itu masukkan daun kari dan tumis daun kari sehingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan udang dan oat. Gaul semuanya hingga sekata. Kalau kurang masin, boleh perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidang.

Senang kan? Kalau nak pedas, masa tumis daun kari dengan mentega tu bolehlah masukkan potongan cili api. Bagi yang nak rasa manis-manis sikit boleh masukkan sedikit gula. 


Plimpplampplettere

Ahad, Januari 25, 2015

Hari ni seharian di luar. Dah malam baru bersua muka kembali dengan laptop :) Petang tadi saya sempat ke tasik berhampiran rumah. Jalan-jalan ambil angin petang. Apa yang seronoknya. Terserempak dengan sekumpulan anak remaja yang tengah stone-skipping or stone skimming. Apa itu stone skimming?

Skimming stone ni sebenarnya merupakan perbuatan melemparkan seketul batu (normally yang leper/rata) dengan teknik tertentu ke atas permukaan air. The fun part is,.. kita bilang berapa kali batu tu boleh bounce atas air sebelum tenggelam. Macam gambar di bawah ni...


Plimpplampplettere juga membawa maksud yang sama. Dipercayai dari Belanda tetapi sama ada plimpplampplettere wujud dan sah dalam kamus Belanda saya kurang pasti. Pernah terbaca ada istilah lain yang biasa digunakan untuk perbuatan ni. Saya rasa perkataan ni lebih kepada onomatopoeia - perkataan yang terhasil mengikut bunyi sesuatu objek/perbuatan.

Kalau Nak Tolong Orang Jangan Berkalau-kalau

Sabtu, Januari 24, 2015

Beberapa teman sekolah dan kampus hantar sms pada saya, "Tengok Caliph Buskers, teringat dekat kau, F!" Saya memang dari dulu ada soft spot (this is perkataan paling hampir yang terlintas di benak saya) pada OKU penglihatan. Cepat tersentuh apabila lihat mereka. Sejak kecil, kalau ikut arwah datuk & arwah nenek pergi outing ke KL, nenek akan beri saya beberapa ringgit untuk saya beri pada pemuzik-pemuzik jalanan yang kelainan upaya ni. Zaman dulu, diorang nyanyi lagu-lagu lama. Tak adalah nyanyi lagu MOJO ke, Akim ke macam Caliph Buskers tu. Itu pun saya dah cukup kagum. Selalu saya akan tanya pada datuk, macam mana mereka boleh main muzik, kan mereka tak nampak? Datuk bagi jawapan simple - apabila Allah ambil deria mata mereka, Allah beri kelebihan pada deria-deria yang lain :)


OK, berbalik kepada tajuk panjang Kalau Nak Tolong Orang Jangan Berkalau-kalau ni (sorry, terlari tajuk jap!), saya nak cerita tentang tabiat buruk saya dulu-dulu yang suka berkalau-kalau when it comes to helping others. Nampak orang susah, hati dan minda niat nak tolong. Tapi badan berat nak gerak. 'Nak tolong ke tidak? Nak tolong ke ni?' Saya pun tak tahu dari mana saya dapat penyakit 'gagap bertindak' ni?