Click & Greet Ratu-ratu Komen Saya

Sabtu, Februari 14, 2015

Salam Sabtu! Ini bukan acara 'Meet & Greet',..sebab tak boleh bersua empat mata, kita namakan 'Click & Greet' ye :) 

Sepanjang minggu lepas, saya benar-benar sibuk. Alhamdulillah, dalam sibuk-sibuk saya, menara saya tidak sunyi sepi. Tetap ada pengunjung setia yang datang membawa aura ceria memeriahkan blog ini. Di bawah inilah ratu-ratu komen FAMF Tower dari dari 6 - 13 Februari. They are great people and it's been a great pleasure to get to know them. So, tunggu apa lagi? Ringan-ringankan jemari untuk click pautan di bawah dan greet mereka. Biar mereka turut jadi sebahagian daripada keceriaan kalian.

Domo Arigato Nina Chan!

Jumaat, Februari 13, 2015

Assalamualaikum semua. Pagi-pagi ni nak buat entri penghargaan khusus buat tuan punya blog Nina's Life Stories. Siapa lagi kalau bukan Adinda Amanina, si pencinta aiskrim ni :)

Nina bermurah hati beri saya hadiah 9 buah kereta Hot Wheels ni sebab saya jadi salah seorang daripada pengomen setia di blognya sepanjang 2014.

Mencelah di No. 8


DIY Mudah - Bekas Tisu Doraemon

Ingat lagi tak paper cup Doraemon saya? Jemput baca di sini.


Dek kerana sayang dengan cup super comel senyum mesra meleweh ni, saya olah balik supaya cup ni ada kegunaan buat saya. 

Sleepyhead...

Khamis, Februari 12, 2015

Assalamu'alaikum semua! Semalam saya bergelut selesaikan urusan-urusan rumah. Kebetulan semuanya serentak. Repair paip, repair wiring elektrik, repair lampu dewan tuisyen, uruskan Astro yang piring satelit dan wayarnya sang monyet dok buat kenduri,..malas dah nak kasi monyet-monyet tu makan wayar free, time tu juga decide pindahkan pula location piring astro. Hantar printer pergi repair. Petang dan malam kelas...habis kelas tak larat apa-apa dah. Siren ultraman kat dada dah merah! Terus ZzzZzzzZzzzzZzzz!

Si kucing sama ngantuk ikut tuan.

Hari ni dah nak setengah hari tetapi masih pisat-pisat! Kena berguru ilmu segar-walau-tak-cukup-tidur daripada Shikin, ilmu gagah perkasa membetis dan mendaki bukit daripada SS. Ilmu maintain hebat walaupun seharian dah penat kerja (tapi masih mampu blogwalking tahap awesome) milik Sis JM dan ilmu komen pukal speedboat persis pakai enjin Ferrari trademark si Zarul Farhana.

Sementara itu, kenalan-kenalanku, adik-adik,..please bear with me. Walaupun kelajuan/jam saya ni tahap sang kura-kura, saya tetap akan singgah, intai, hai hai dan bertandang ke teratak kalian. Kura-kura kan menang lumba lari walaupun hakikatnya dia 'jalan' hehehe ;D

Ok, till then. Enjoy your day! Don't forget to smile!