Percaya & Kepercayaan

Rabu, Februari 18, 2015

Happy Wednesday! Selamat bercuti panjanggggg! Saya dah banyak kali came across quote di bawah ni. Sukalah :)
...walaupun lepas kita gosok guna iron ;)
Kredit Imej

Dalam life, susah nak gain kepercayaan orang. Jadi, apabila orang dah percaya pada kita, jangan sesekali betray trust mereka. Once kepercayaan tu dah tergugat, kita tak akan dapat rasa percaya yang sama seperti sebelumnya. Sekalipun kita bersungguh-sungguhlah nak yakinkan orang, tidak ada maknanya kalau sense of trust tu dah tiada.


Psst! Yang mana saya belum balas kunjungan, tunggguuuuuu! Insya-Allah, cuti ni saya jalan-jalan jejak kalian :)

Resepi Yee Mee Goreng Mudah

Selasa, Februari 17, 2015

Yee Mee Goreng. Inilah sarapan saya pagi tadi. Err, lebih kepada brunch sebenarnya. Sebab mamam dalam kul 11! Tiba-tiba hari ni teringin nak makan yee mee. Tetapi, tak nak makan versi claypot yang soupy-soupy tu. Mau yang digoreng-goreng aja :)

Santapan saya dan Bott pagi tadi =)


Resepi Yee Mee Goreng Mudah (Portion untuk 2 orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Yee Mee 2 atau 3 pcs
  • 3 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 3 biji bawang putih (cincang halus)
  • isi daging/ayam (Saya guna lebihan sate daging and hirisan ayam lauk kelmarin. Boleh juga tambah fishcake atau fish balls kalau mahu.)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • beberapa tangkai cili api (ikut citarasa, hiris halus)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap lemak/manis
  • sedikit air masak


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Rebus yee mee sehingga lembut. Tus dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan isi ayam/daging. Tumis buat seketika. Letakkan sedikit air supaya berkuah sedikit.
  3. Masukkan tomato yang telah didadu dan hirisan cili api. Sos tiram dan kicap kita letak agak-agak ye. Saya tak guna garam sebab dah ada sos tiram kan. 
  4. Apabila rasa kuah dah OK dan sedap mengikut selera, barulah masukkan yee mee. Kacau hingga sebati. Padam api. Sedia untuk dihidangkan. Nak lebih sedap? Taburkan dengan sedikit bawang goreng :)

Selamat Mencuba!


Psst! Hidangan tak ada sayur! Kami makan dengan hirisan timun. Boleh letak sayur Pak Choy dan bell peppers untuk meriahkan lagi rasa Yee Mee Goreng kita :)

Nguping Cekebon & Dhila

Isnin, Februari 16, 2015

Nguping Cekebon & Dhila? Hahahah saspen tak tajuk? Memang dari minggu lepas lagi saya cuba nak curi-curi dengar perbualan telefon Cekebon dengan adik ipar saya, Dhila. No..no..no! I'm not an eavesdropper! Bukan suka pun eavesdrop conversation orang tapi dah terdengar, haruslah ambil tahu lebih lanjut hikhikhik. Mana tahu ada urusan keluarga yang saya perlu bendung segera ;) Over kan alasan saya.



Hampir setiap hari Cekebon dan Dhila akan meeting di telefon. Diorang tengah plan something and it sounds very intriguing. Apa diorang plan eh? Tergaru-garu hati nak tahu. Malangnya percubaan nguping saya tak berjaya. Mesti Cekebon perasan. Lepas tu dia akan gelak-gelak dan tamatkan perbualan. "Along ada kat sini!" 

Saya kenen-kenen nak tahu, Cekebon buat tak layan. Ishhh tak puas hati...tak puas hati...tapi saya takkan berputus asa! Misi nguping tetap ON! Hikhikhik.

Mulakan Minggu dengan Ceria

Assalamu'alaikum semua!

Contengan nak test gel pen :)

Berblogging dari bilik kraf pagi ni. Seperti biasa, Isnin saya tergolong dalam cuti hujung minggu ;) Tetapi hari ni ada tempahan scrapbook yang perlu disiapkan. Saya tengah 'servis' pen-pen warna saya. Siapa yang suka pakai gel pen? Biasa tak alami dakwatnya tiba-tiba semput. Keluar putus-putus. Kita yang nak menulis pun boleh hangin satu badan dibuatnya.

Saya ada beberapa tips mudah untuk atasi masalah ni. Tidak kiralah gel pen kalian tu gel pen biasa (hitam, biru atau merah) atau yang jenis berwarna-warni macam dalam gambar kat atas, boleh cuba salah satu cara di bawah:

  1. Kadang-kadang apabila lama tak digunakan, dakwat gel boleh jadi putus-putus. Jangan terus buang! Boleh digunakan lagi. Pegang pen pada bahagian hujung. Goyang-goyangkan pen beberapa kali seolah-olah kita nak goyangkan termometer klinik. Tujuannya supaya kandungan dakwat gel dalam pen akan tergaul sebati. Then, cuba tulis atas kertas. Insya Allah, dakwatnya akan keluar dengan lancar.
  2. Sekiranya masih semput-semput, lalukan tip (mata pen) pada hujung jari. Conteng-conteng hujung jari hingga dakwat keluar. Suhu pada hujung jari kita akan panaskan mata pen sekaligus clear-kan sebarang dakwat yang tersumbat.
  3. Selalunya kalau dakwat 'ball pen' macam hidup segan mati tak mahu, kita boleh bakar hujung matanya untuk lancarkan flow dakwat. Tetapi, untuk gel pen, kita hanya perlu sedut. Haaaa,...ini teman sekampus saya yang ajar. Dia memang penggemar tegar gel pen. Sedut je mata gel pen beberapa saat. Ala-ala buat CPR untuk pen lah ;) Sesudah tu dah boleh tulis seperti biasa. Hihihi kebarangkalian untuk tertelan dakwat atau merasa manis-payau dakwat tu memang ada, but it works.

Okay, itu sahaja untuk pagi ni. Enjoy your day! Jangan lupa senyum dan greet orang-orang yang kita jumpa. Let's put some smiles on their faces :)