Selamat Berhujung Minggu!

Sabtu, Mac 21, 2015

Happy Weekend!

Dah sedia untuk hujung minggu yang santai? Selamat berehat ye...Nampak tak kelopak mawar merah jambu kat atas tu? Antara bunga Get Well Soon yang Cekebon terima semasa di hospital. Macam-macam bunga Cekebon dapat. Orkid, carnations, daisies, roses....Sudahnya, jadi 'rejeki' saya untuk uruskan jambangan-jambangan tu :)

Dalam banyak-banyak bunga, saya tertarik dengan pink roses ni. Ada projek nak buat habis kelas nanti. Nak buat apa? Tungguuuuuuu! Sementara tu, anggaplah saya bagi kalian semua satu kelopak setiap seorang. Untuk hujung minggu yang manis, ceria dan gumbira!


Setem Paling Mahal!

Jumaat, Mac 20, 2015

Banyak - banyak setem,...setem apa paling mahal? Chewah! Main teka-teki pula hari Jumaat ni. Saya ni kan philatelist lah kononnya. Sekarang ni, dalam koleksi saya ada sekeping setem berharga. Yang pasti,...


...bukan setem bunga ni!
Ini setem biasa-biasa aja!

Nak tahu?!




Sobremesa

Khamis, Mac 19, 2015

Assalamu'alaikum. Selamat pagi! Dua tiga menjak ni tak dapat bersiaran setiap hari. Jadual dan rutin masih haywire. Alhamdulillah, Cekebon dah discharged. Cuma perlu ulang alik ke hospital a few times untuk rawatan susulan.

Pagi ni nak belanja gambar toasted bagel dan creamcheese. Ni masa sesi sobremesa dengan adik-beradik dan Bott ketika kami dok melabun tunggu ibu kat hospital. Cekebon dah tentu-tentu tak ada selera nak makan. Kitorang pula yang lebih-lebih lapar. Kerja asyik nak isi perut je!

Bagel with creamcheese dalam operasi ternak lemak saya ;)

Runs in the family,.. ;)

Ahad, Mac 15, 2015

Menghabiskan masa baca pelbagai majalah dan risalah yang ada kat hospital ni. This one is very funny!


Patient: The problem is that obesity runs in the family.
Doctor: No, the problem is that no one runs in your family.


:D :D :D