Ubi Cilembu Bakar
Rabu, Mac 25, 2015
Ni kisah beberapa hari lepas. Bangun pagi je tiba-tiba teringin nak makan ubi cilembu bakar. Melampau tak? Penangan edit manuskriplah ni. Ada pula sentuh bab ubi cilembu. Lepas tu, kenalan saya di Jakarta boleh pula upload gambar dia makan ubi ni. Pingin ubi cilembu! Pingin ubi cilembu!
Ubi cilembu sebenarnya salah satu spesies keledek yang banyak terdapat di Indonesia. Turut dikenali sebagai ubi madu dek kerana rasanya yang manis. Apabila ubi ni dibakar atau dipanggang, kandungan gula di dalam ubi ni akan meleleh keluar dan caramelized. Tekstur ubinya akan kelihatan seperti bersira dengan gula merah.
Pagi tu jugak saya rengek dekat Bott nak pergi cari keledek bakar. Tidak silap saya, dekat kedai yang selalu jual buah berangan, ada baked sweet potato juga. Bott pening kepala. "Confirm ke kat kedai tu ada ubi cilembu?!" Saya dengan confident angguk kepala. Dah masuk Malaysia, tak adalah pakai nama ubi cilembu lagi! Jadi 'honey sweet potato' atau keledek madu ;)
