Material Kraf - Alphabets & Numbers Foam
Jumaat, April 10, 2015
Cantik tak? Ini barang kraf baru yang masuk stok. Cekengah pergi kedai stationery mana tah. Hajat hati nak beli pen. Pen dia semua dah habis dakwat. Terserempak dengan alphabets and numbers foam ni. Beli untuk saya :)
Alphabet Foam |
Kebiasaannya, bagi crafters yang dah ada die-cut machine macam Sizzix tu, boleh potong sendiri huruf-huruf dan nombor seperti dalam gambar di atas. Tetapi mereka kena ada dies alphabets and numbers lah :) Baru boleh potong banyak-banyak ikut warna foam atau kain felt yang digemari. Untuk saya yang lebih kepada cardmaking and scrapbooking ni, 2 set di atas dah lebih daripada cukup.
Sebenarnya macam-macam yang boleh dilakukan dengan alphabets and numbers foam sebegini. Paling mudah, tampal magnet kecil di belakang huruf dan jadikan fridge magnet untuk hiasi peti sejuk. Selain tu, boleh guna untuk buat sign board kat pintu bilik, buat penanda buku, rantai kunci,...Insya Allah, nanti kalau saya hasilkan sesuatu guna set foam ni, saya kongsi di sini ye.

Thanks so much, Cekengah!! Muahhhhhhhhh!
Pssttt! Hari ini, 10 April, merupakan sambutan National Siblings Day di Amerika Syarikat. Hari Adik-beradik ni hanya disambut di peringkat kebangsaan. Maknanya hanya di United States. Bukan world wide tau!