Projek Tak Ada Kerja (Decoupage Part 1)

Rabu, April 22, 2015


Bekas kayu ni sebenarnya pemberian Dhila, si adik ipar kesayangan yang rajin beri saya stuff untuk buat kraf. Fikir punya fikir, saya pilih warna kuning untuk cat bekas kayu. Mengapa kuning? Sebab saya nak padankan dengan kertas tisu yang saya ada.

Paint dah kering. Sedia untuk proses seterusnya.

Apa kena mengena dengan tisu ros merah tu? Sebenarnya, saya nak buat projek mini decoupage. Apa itu decoupage? Decoupage ni sejenis kraf menghias barang-barang dengan tampalan kertas misalnya kertas tisu. Mudah je nak membuatnya. Apa yang diperlukan ialah:

Kembara Salju bersama Scdha Sein

Selasa, April 21, 2015

Surat saya sesat lagi masuk letter box rumah jiran. Adik posmen ni nak kena hantar training ni! Menapaklah saya ke rumah jiran dengan langkah longlai tanpa semangat. Tetapi, apabila tengok sampul je, senyum terus lebar sampai telinga. Rasa macam nak lompat bintang je time tuh! Tapi control sampai masuk rumah dulu.

Sesiapa yang pernah entri SS yang ini, tentu dah familiar dengan gambar nama-nama atas sticky note di atas salji hasil kreativiti SS. Berbalik pada kisah posto tadi, haaa, inilah yang saya dapat!!!

Pemberian SS :)

Pujuk Diri - Toasted Waffles Aiskrim Coklat

Isnin, April 20, 2015

Ya Allah, malasnya nak buat kerja! Dari pagi tadi asyik nak lepak santai je. Baru angkat jari nak buat sesuatu yang ada kena mengena dengan kerja, mood malas berduyun-duyun datang menyerang. Angkat jari je,...tetiba pergi tengok TV. Angkat jari lagi,...pergi main komputer,...angkat jari lagi,..buka peti sejuk :)

Alang-alang dah buka peti sejuk tu, maka terhasillah...

Wafel Bakar dengan Aiskrim Coklat

Selamat Datang Rejab

Selamat memulakan minggu baru. Time flies. Yes, masa berlalu dengan cepat. Pejam celik pejam celik kita dah jumpa bulan Rejab. Selamat beramal ye :)


DOA BULAN REJAB