Kiriman With Love daripada Shikin
Jumaat, Jun 19, 2015
Sebenarnya memang rindu benar dengan adinda yang seorang ini. Siapa lagi kalau bukan Dr. Shikin. Shikin lah antara yang terawal serang tower ini dengan komen bertubi-tubi. Terkial-kial saya masa pertama kali dibom oleh ibu kepada tiga Adam ni. "Banyaknya dia komen!!!"
Bermula dari situlah kami jadi kawan walaupun sekadar di alam maya. Shikin yang saya kenal orangnya punya determination tinggi, kuat semangat, friendly, suka berkongsi pelbagai info especially pertaining to health, suka bagi-bagi hadiah dan rajin sangat blogwalking. Cuma sekarang dek kerana kekangan masa, kita 'jumpa' Shikin tak sekerap dulu.
Awal minggu lepas, Shikin whatsapp inform ada hantar parcel. Bercahaya wajah baca mesej Shikin. Alhamdulillah, parcel selamat sampai ke tangan saya keesokan harinya. Eh, esok ke lusanya? Tapi kira cepat jugalah sampai berbanding selalu.