Santai Ahad dengan Astro

Ahad, Ogos 23, 2015

Assalamu'alaikum.
Salam Ahad.
Seawal pagi saya dah masuk bilik kraf.
Nak siapkan beberapa tempahan kad sambil layan Astro.

Dari semalam, 22 Ogos sehinggalah 31 Ogos nanti, Astro buka tayangan untuk 150 channels secara percuma. Masa ni lah nak tengok siaran-siaran lain yang kita tak langgan hihihi. 

Brick Slaves

Resepi Mudah - Singgang Daging Bott

Jumaat, Ogos 21, 2015

Salam Jumaat!

Saya dah kembali bersiaran dari opis di rumah. Lega rasanya setelah empat hari 'bermain-main' kat luar :) Hari ini nak kongsi salah satu hidangan kegemaran saya (tapi jarang buat sebab berasaskan daging) yang disediakan oleh Bott. Tiba-tiba teringin, dah lama tak makan daging, saya akan ajak Bott pergi kedai daging,.. then mengendeng nak lauk singgang. 

Tattadaaaaa! 
Inilah rupanya,..

Singgang Daging Bott

Chords Obses - Akim and The Magistret (Easy Guitar Chords)

Rabu, Ogos 19, 2015

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Obses - Akim & The Magistret


(Intro)

Am E Dm Am

Am                                             E
Menghitung detik dalam kesedaran
Dm                                   Am
Menunggu masa untuk lena
Am                                              E
Memintal mimpi di kamar beradu
Dm                                         Am
Hanya mahu tunggu bayangmu

48 Alamat!

Assalamu'alaikum. Hari ini masih bersiaran dari luar. Tak sabar nak menunggu urusan-urusan selesai. Rindu my nest. Rindu opis kat rumah. Rindu nak gobek-gobek barang kraf. Hihihi.

Kelmarin, melalui Ops Senyum & Tinggal Alamat, saya ada minta rakan-rakan blogger untuk tinggalkan alamat surat-menyurat masing-masing. Nak simpan sekali dengan mailing lists rakan-rakan blogger yang dah sedia ada,..yang selama ni dah utus-utus hadiah, utus-utus kad, utus-utus senyum :)

Dapat sambutan meriah you! 48 komen di bawah, semuanya komen yang telah disaring. Tidak akan dipublish sebab mengandungi alamat dan details peribadi. Berpinar mata sekejap nak update alamat-alamat tu :)


Anyway, terima kasih banyak-banyak ye. Insya-Allah, ada rezeki dan kesempatan, bolehlah kita correspond :)