DIY Mudah - Mini Puzzle daripada Batang Aiskrim
Rabu, Ogos 26, 2015
Hari ini, saya ingin tunjukkan cara nak membuat Mini Puzzle daripada batang aiskrim. Mini puzzle sesuai dijadikan bahan aktiviti untuk anak-anak sama ada sebagai bahan pembelajaran tambahan ataupun sekadar aktiviti santai (galakkan perkembangan minda) di rumah.
Apa yang diperlukan:
- Batang Aiskrim (Saya ada anak-anak cilik yang rajin kumpul batang aiskrim untuk saya + pek yang saya beli di Mr. DIY)
- Acrylic Paint
- Berus Lukisan
- Pensel, getah pemadam
- Cellotape