Snek Gatal Gigi - Kuaci Sangai

Ahad, Oktober 04, 2015

Buat stok untuk kunyah-kunyah. Kuaci :)


Saya gunakan:

  • 100g sunflower seeds
  • 50g melon seeeds

Langkah-langkah mudah penyediaan:

  1. Sangai (dry toast) atas kuali leper dengan api sederhana perlahan hingga warnanya bertukar keperangan. Jangan lama sangat, nanti hangit pula. Dalam 3 ke 5 minit. Once bau nutty dah naik, boleh padamkan api.
  2. Taburkan garam secukup rasa. Gaul sekata.
  3. Biarkan sejuk. Kemudian, simpan dalam bekas kedap udara.

My Minions - Tetamu Hebat September

Jumaat, Oktober 02, 2015





...........
...........
...........
...........
...........
...........
...........
...........


Dengan gembiranya, saya memperkenalkan minion-minion hebat saya untuk bulan September!

Persahabatan Minions

Khamis, Oktober 01, 2015


Credit


Bukan tempoh masa yang menjadi tali pengukur sebuah persahabatan,
tetapi 
siapa yang datang,
hadir,
setia temani kita,
dan tidak tinggalkan kita.



Psst! Nak berkenalan dengan minions? Tungguuuuuu!


Petua Hilangkan Bengkak Gigitan Kucing

Salam 1 Oktober!

Sekitar minggu perayaan Hari Raya Qurban, jari saya digigit oleh kucing kesayangan. Tak teruk dan tak luka pun tapi terbenamlah sikit giginya yang tajam tu. Si Yuri ni memang jenis suka cakar dan suka gigit. Saya pernah ceritakan di entri ...tapi dia tak calarkan hati kita. Dah biasa kena. Di rumah ni pun, saya seorang je yang berani nak usap, peluk atau gomol dia.

Cuma kali ini, saya cuai. Saya lupa nak bersihkan tangan yang digigit. PENTING! Perkara pertama yang kita kena buat apabila digigit atau dicakar kucing ialah bersihkan luka dengan air yang bersih. Tengok separah mana kecederaannya. Kemudian sapulah dengan antiseptik seperti Betadine. 

Betadine Antiseptic Solution
 Shopee  |  Lazada


Jika teruk, segera jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Bab luka gigitan dan cakaran kucing tak boleh pandang enteng.