Jom Cuba Nasib - Si Pakar Peribahasa
Selasa, Oktober 13, 2015
Assalamu'alaikum,
Susulan kepada entri Jom Cuba Nasib - Peribahasa yang berlangsung sepanjang hujung minggu lepas.
Not bad! Ramai jugak yang sudi memerah otak jawab soalan peribahasa PT3. Seramai 9 orang berjaya menjawab dengan tepat! Yang lain-lain tu adalah selisih satu atau dua jawapan. Kebanyakannya keliru dengan soalan nombor satu dan nombor empat.
Jawapan tepat untuk nombor satu ialah 'bertikam lidah', bukan 'lidah lebih tajam dari pisau' atau 'kerana pisau lidah terluka' (angkat kening Ziana Zain sambil pandang Arz) Yang pergi letak pisau dekat dengan lidah tu kenapa? ;) Jawapan untuk soalan keempat pula ialah 'di mana ada gula, di situ ada semut', bukannya 'mati semut kerana gula'.