Cara Simpan Halia Agar Tahan Lebih Lama
Jumaat, Februari 19, 2016
Assalamu'alaikum.
Salam Jumaat.
Entri kali ini saya nak kongsi cara bagaimana untuk memastikan halia tahan lebih lama. Di rumah saya, halia memang antara ramuan yang perlu sentiasa ada di dapur. Stok tak boleh putus. Selain gunakan untuk masak, boleh buat air halia/teh halia dan sebagai salah satu ingredients utama untuk home remedy - buang angin dan penawar untuk batuk. [Petuanya di sini.]
Saya memang setiap kali beli barang keperluan dapur akan grab halia banyak-banyak. Masalahnya, kadang-kadang akan ada musim kurang/tak pakai halia. Maka terbiarlah halia tu sampai bertunas di dapur. Time rajin pergi tanam, saya tanamlah. Tetapi, dibuatnya waktu tu penyakit M melanda,...terabai 'koleksi' halia-halia sampai kecut lisut. Masa tulah nak rasa menyesal sebab membazir,...huhuhu
So, I came up with one solution. Disebabkan saya memang suka beli halia dalam kuantiti yang banyak (seperti lemon juga, kononnya nak memastikan kelangsungan stok), saya kena pastikanlah yang halia-halia saya tahan lama. Lagi-lagi jika saya beli stok Reduced To Clear begini.