Resepi Air Fryer - Pisang Goreng Oat
Jumaat, Julai 20, 2018
Satu lagi resepi air fryer yang mudah untuk dikongsikan - Pisang Goreng Oat. Ini pisang goreng versi lebih sihat. Saya tidak cakap 'sihat sepenuhnya' ya ... sebab dalam pisang dan tepung dah banyak kiraan kalori. Tambah oat lagi! Apa yang saya maksudkan lebih sihat sebab tidak menggunakan minyak untuk sediakan pisang goreng ini.
Dulu-dulu saya suka nikmati pisang goreng yang lembik-lembik. Maknanya yang pisangnya dah terlebih masak, apabila digoreng isi tu caramelized dan jadi bertambah mushy sebab dah serap minyak. Siap kalau beli pisang goreng, memang sengaja akan minta pisang lembik. Lagi lembik lagi best!
Dah tua-tua ni, apabila tahap kesedaran terhadap kesihatan meningkat, saya mula opt for healthier version of snacks. Cuma apabila sekali-sekala teringin tu bolehlah kita lepaskan hasrat tekak yang mengidam itu ini. Masa tulah berlegar-legar di kepala ini hashtag #buatbuatlupakirakalori 😜
Resepi Pisang Goreng Oat
Pisang goreng oat |