Kentang Bakar - Sedap Mudah Mengenyangkan
Jumaat, Oktober 26, 2018
Saya selalu pastikan ubi kentang sentiasa ada dalam stok barang dapur. Sekurang-kurangnya apabila saya hendak sediakan sesuatu yang mudah dan sedap, my favourite pick is baked potatoes. Tidak kisahlah sebagai side dish, something to eat during brunch or just a simple treat for one, kentang bakar akan jadi sesuatu yang lazat untuk dinikmati.
Resepi kentang bakar sangat mudah. Disediakan dengan menggunakan ramuan minima yang boleh didapati di dapur. Secara dasarnya, kita hanya perlukan:
Empat bahan di atas kira bahan asaslah. Selebihnya, kita enhance keenakan rasa kentang bakar dengan pelbagai bahan lain (mengikut cita rasa). Macam saya, kalau nak sesuatu yang mudah disediakan dan mengenyangkan, saya memang akan buat kentang bakar kegemaran guna empat bahan tadi je. Kentang bakar versi empat bahan ini juga sesuai untuk yang menjaga pengambilan kalori dalam pemakanan.
Resepi kentang bakar sangat mudah. Disediakan dengan menggunakan ramuan minima yang boleh didapati di dapur. Secara dasarnya, kita hanya perlukan:
- Kentang
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Sedikit minyak masak. Juga boleh digantikan dengan sedikit marjerin atau mentega.
Empat bahan di atas kira bahan asaslah. Selebihnya, kita enhance keenakan rasa kentang bakar dengan pelbagai bahan lain (mengikut cita rasa). Macam saya, kalau nak sesuatu yang mudah disediakan dan mengenyangkan, saya memang akan buat kentang bakar kegemaran guna empat bahan tadi je. Kentang bakar versi empat bahan ini juga sesuai untuk yang menjaga pengambilan kalori dalam pemakanan.
Cuma apabila tunas rasa ingin dimanja-manja ... sudah alang-alang buat kentang bakar tu apalah salahnya buat sesuatu yang kaya dengan rasa, kan? Pilihan utama saya tentulah tambah parutan keju kemudian gandingkan dengan taburan herba yang sesuai seperti parsley, oregano atau thyme. Guna rosemary pun sedap!