DIY Stamping Tool

Khamis, Mei 23, 2019

Stamping tool ini saya perlukan untuk kerja-kerja cardmaking saya. Sebenarnya, hajat hati nak beli Misti Stamping Tool seperti di bawah ini.

Tetapi, apabila difikir-fikir, rasa macam tidak berbaloi pula untuk dibeli. Harga mencecah ke tiga ratus untuk peralatan satu fungsi - pastikan keseragaman dan ketepatan corak apabila kita menggunakan clear stamps

Bagi yang tidak dapat gambaran, alat ini sebenarnya digunakan bersama clear stamps dan ink pads. Satu, apabila kita guna stamping tool ini, kita dapat cap secara precise clear stamp/s yang kita guna. Andai kata, masa kita cap tu ada bahagian yang tak cantik atau tidak jelas cetakannya, kita boleh re-ink stamp dan cap semula sebab stamp kekal di kedudukan asal (diletakkan di bahagian tingkap yang jernih tu) tidak berubah. Kalau selalu, tanpa stamping tool, mungkin kita tidak dapat kedudukan yang tepat. Silap-silap hasil cetakan jadi berbalam atau bertindan.

Lagi satu, stamping tool will become handy apabila kita hendak buat kad yang sama dalam kuantiti yang banyak. Nanti seragamlah semua kad. Tak adalah satu senget ke kiri, satu coraknya herot ke kanan.

KOPI Siri Original Tonton

Isnin, Mei 20, 2019

Kena beritahu awal-awal. KOPI (Siri Original Tonton) ini ditayangkan tahun lepas lagi. Cuma saya yang baru tengok tahun ini.

Alkisahnya, ketika itu saya di luar. Ada urusan. Jadi sambil menunggu Bott, saya masuklah aplikasi Tonton. Tengok-tengok cerita apa yang best. Came across 'KOPI'. 'KOPI' ni merupakan antara Siri Original Tonton. Diadaptasi daripada antalogi cerpen Fixi (yang juga bertajuk KOPI). Faham-faham sajalah, saya kalau bab-bab kopi ni, terus macam ada siren ultraman menyala-nyala. Terus jadi intrigued.

Setiap cerita pendek sahaja durasinya. Satu cerita tu biasanya ada dua bahagian. Setiap bahagian pula dalam 10 - 15 minit. Bagi yang renyah tengok cerita bersiri panjang-panjang, bolehlah layan episod-episod 'KOPI'. (Kredit gambar: Facebook Tonton)


Inilah buku antologi cerpen 'KOPI'.

Ramadan 1440 - Tadabbur dan Jurnal Al-Quran

Sabtu, Mei 04, 2019

Seperti tahun-tahun lepas, saya akan cuba masukkan aktiviti tadabbur dalam rutin Ramadan saya. Tidak dapat banyak, sedikit jadilah. Tahun ini, saya cadang nak luangkan masa lebih untuk sesi tadabbur dan tambah satu lagi aktiviti buat jurnal Al-Quran berdasarkan ayat-ayat yang saya pelajari.

Saya dapat idea ini melalui Sister Ameenah yang aktif berkongsi mengenai Quran journaling. Menarik kan? Insha-Allah, untuk Ramadan kali ini, saya akan bertadabbur guna ayat-ayat saranannya. Perkongsian ini diambil dari entri Sister Ameenah sekitar Ramadan tahun lepas. Harap sama-sama boleh kita manfaatkan.

Thanks so much, Sister Ameenah. May Allah reward you handsomely for your kindness and sharing.

Kord Gitar Sumpah - Naim Daniel (OST Pia)

Lama dah tak buat entri kord lagu. Bukan apa...memang tak ada masa nak pegang gitar, nak belek-belek chords. Sibuk sangat. Lagipun sekarang ni saya sibuk ulang-alik antara dua lokasi. Bila mood nak main gitar sampai, Si Kapok saya kat rumah lagi satu. Bila balik dah pegang Si Kapok, mata pula berat. Last last Si Kapok ke mana, saya pun ke mana.

Hari ini, nak kongsi guitar chords mudah lagu 'Sumpah' nyanyian Naim Daniel. Dahulu, saya suka juga dengar dia buat cover lagu-lagu artis lain di Instagram. Suara sedap. Ada gaya sendiri. Cuma dua singles Naim sebelum ini, tidak berapa kena dengan cita rasa saya. Tetapi kali ini, saya tertarik dengan 'Sumpah' sejak lagu ini diperkenalkan sebagai lagu yang jadi OST Pia a few months back. Masa tu, ala-ala teaser - bahagian korus sahaja. Bila dah dengar lagu penuh, memang jatuh kategori lagu cinta dengar pertamalah.

So, here's the chords. Sudah 'dimurnikan' hahaha dalam erti kata lain sudah dimudahkan. Tak ada sharp, tak ada chord yang susah-susah. Sesuai sangat untuk beginner. Selamat berdendang.

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Sumpah - Naim Daniel (OST Pia)


Am                F 
Jika harus ku bersabar 
                C
dengan segala derita
          E
kuterima