Resepi Asam Pedas Mudah
Ahad, November 15, 2020
Bayangkan, semasa perut tengah lapar kita disajikan dengan hidangan asam pedas berkuah pekat dengan nasi panas. Fuhhh, terliur tak? Tidak kiralah protein apa yang digunakan, daging, ikan atau ayam, janji ada bendi dan daun kesum secukupnya!
Sayalah orangnya yang suka masakan asam pedas, yang akan enjoy banjirkan nasi dengan kuah, ratah potongan bendi puas-puas. In fact, di rumah ini, jika buat lauk asam pedas, tidak perlu letak protein banyak pun. Yang penting kuah kena banyak, bendi dan daun kesum kena extra! Apabila bendi empuk tu dikunyah, kuah asam yang meresap dalam bendi meletus di mulut, nikmatnya!
Di bawah ini ialah panduan resepi asam pedas paling senang yang biasa digunakan di rumah. Walaupun saya ini asal dari Melaka, bab asam pedas saya pilih versi termudah. Ini kira resepi asas ya. Jangan pula dibandingkan dengan resepi asam pedas autentik dari Johor atau Melaka. Resepi ini menggunakan bahan-bahan asas sahaja, tidak pakai rempah tambahan lain seperti halba semua tu.
Hidangan asam pedas kegemaran. Tak perlu lauk lain dah! Hadap yang ini sahaja 😊
Collywobbles
Jumaat, November 13, 2020
Sudah lama saya tidak buat entri 'Word Mania'. Banyak je perkataan menarik yang ingin saya kongsi dengan kalian. Tetapi, asyik perap dalam draft. Tidak sempat menulis entri penuh. OK, hari ini kita belajar satu lagi perkataan baharu.
Hiasan untuk Junk Journal
Khamis, November 12, 2020
Sepanjang PKPB ini kebanyakan masa saya memang banyak dihabiskan dalam bilik kraf. Ada masa terluang sahaja masuk bilik kraf, buat embellishments, buat kad, tulis jurnal. Baiklah mengurung diri buat something crafty daripada dok menambah langkah ke dapur, buka almari, buka peti sejuk!
Sekarang ini saya sibuk buat hiasan untuk junk journal. Jika kurang jelas apa itu junk journal, boleh lihat entri-entri saya sebelum ini. Selain untuk koleksi sendiri, adalah saya buat lebih sedikit untuk dijual di Carousell. Tetapi, sekarang ini sebab pergerakan terbatas hendak ke pejabat pos buat urusan pengeposan, semua transaksi saya di sana saya tangguhkan buat sementara waktu.
Kita buat je dulu, kemudian barulah masuk listing.
Ini lebih kurang set junk journal untuk pemula. Terdapat hiasan-hiasan untuk ditampal pada halaman junk journal, tag, tali dan adhesive diamentes untuk menambahkan seri layout atau spread kita. Guna untuk scrapbooking pun cantik!