Roti Puri Kari Kawww
Sabtu, Januari 30, 2021
Ini hidangan sarapan saya dan Bott beberapa hari lepas. Roti puri dan kuah kari pekat. Kebetulan, hari sebelumnya masak lauk kari dan masih banyak berbaki. Jadi, saya buatlah roti puri untuk makan pagi. Sengaja buat saiz comel-comel begini. Biasanya saya buat roti puri guna tepung gandum biasa. Tetapi, kali ini saya pakai tepung atta.
- 2 cawan tepung atta
- 1 sudu teh gula
- secubit garam
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu teh susu tepung (optional)
- Air masak secukupnya untuk membentuk doh (lebih kurang dalam 3/4 cawan air). Ada sesetengah resepi roti puri yang saran guna air panas atau air suam. Saya guna air suhu bilik sahaja.