Cinta Khayalan - Wany Hasrita (Easy Guitar Chords)
Jumaat, Februari 05, 2021
Asalnya malam tadi, selepas kepenatan buat kelas online dengan anak-anak murid, saya pun duduk berehat sambil petik gitar. Melepaskan lelahlah konon-kononnya. Tiba-tiba Bott tanya lagu baru Amira Othman sedap ke? Dia baca dekat mana entah ramai orang puji best. Jadi OST untuk drama Marry Me Senorita.
Saya pun apa lagi ... cubalah dengar lagu Surat Terakhir. Sambil-sambil layan lagu Amira, terperasan pula pautan untuk lagu Cinta Khayalan. Eh, Wany Hasrita pun keluar lagu! Terus klik! Not bad at all. Sedap didengar. Cuma ada bahagian-bahagian tertentu yang bagi telinga saya agak familiar, mengingatkan saya pada satu lagu tetapi tak ingat lagu apa. 😂
Seperti biasa, lagu yang sesuai buat layan berdendang bersama si Kapok kita buat chords. Easy chords. Setakat saya petik-petik, macam kena bunyinya. Nanti kalau ada yang salah, beritahu ya.
![]() |
| Kord Gitar From FAMF Tower |
Kord Gitar dan Lirik Lagu Cinta Khayalan - Wany Hasrita (Easy Guitar Chords)
(Intro)
Am G F E
Am Dm
Pernah kamu merasakan cinta
G C
membuat lelah bila kau dengannya
F B7
bagaikan langit kian
E
dirundung awan yang muram
Am Dm
Manis kata bisakah terubat
G C
dan juga nanti 'kan disangga waktu
F B7
dibiar dingin hingga 'kan tidak
E
tertahan lagi



